• Register
Home  //  Mengenai YIK  //  Perutusan Pengarah






Pelan Strategik Buku Pengurusan Sekolah Suara YIK Bil 1 2010 Suara YIK Bil 3 2009
Suara YIK Bil 2 2009 Suara YIK Bil 1 2009

 

Firman Allah:

Maksudnya:
…..”Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”……………

(Surah Ar-Ra’d: Ayat 11)

Alhamdulillah, pertama marilah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya dapat kita bertemu lagi dalam portal rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada tahun baru 1433 Hijrah dan 2012 Miladiyah ini. Untuk makluman kepada pada pengunjung, portal ini telah 2 tahun berturut-turut mendapat anugerah 5 bintang dalam Malaysia Government Portals and Website Assessment (MGPWA) pada tahun 2011.(Kedudukan ke 14).

Selamat bertugas kembali kepada guru-guru yang berperanan menyambung tugasan mewarisi tanggungjawab sebagai murabbi yang ditinggalkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Ucapan selamat datang juga kepada pelajar-pelajar baru di Tingkatan 1 yang telah memilih aliran pengajian yang ditawar oleh Yayasan Islam Kelantan

Sejarah pendidikan Islam di Negeri Kelantan bermula seawal tahun 1820an dengan pembukaan institusi pondok. Ianya terus berkembang maju sesuai dengan perubahan masa dan peredaran zaman.  Kini Yayasan Islam Kelantan (YIK)  telah diberi amanah dan tanggungjawab bagi mempastikan kelangsungan pendidikan di Negeri Kelantan terutamanya pendidikan Islam selaras dengan moto Kerajaan Negeri “Membangun Bersama Islam”. Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan meneruskan agenda memperkukuhkan Pendidikan Islam dalam suasana umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran aliran pemikiran seperti kapitalisme liberal, pluralism dari kacamata barat, ‘Commercialize of Education, Feminisme Liberal, Pasca Modenisme, pemikiran kebebasan mutlak dan amalan Demokrasi Ala Barat.

Manakala cabaran-cabaran umat Islam dari dalam iaitu penyebaran fahaman dan amalan agama dari mazhab selain dari Ahli Sunnah Wal-Jamaah, penyebaran ajaran-ajaran sesat, korupsi yang meluas dan penyakit minda yang terperangkap.

Kita merasa terpanggil untuk kembali bertanya mengenai langkah dan tindakan yang kita telah ambil untuk berhadapan dengan isu-isu yang amat menguji kekuatan umat Islam hari ini. Justeru itu kita sepatutnya sudah berada jauh kehadapan merencana pelbagai program dan Plan Strategik bagi menangkis kekuatan serangan keterlaluan itu. Yayasan Islam Kelantan akan mempastikan falsafah pendidikan agar pencapaian semua pelajar-pelajar tajaannya cemerlang dalam akademik dan diikuti sekali kecemerlangan dalam saksiyah Islamiah.
 
Kecemerlangan organisasi semestinya bermula dari pengurus yang cemerlang dan seorang pengurus yang cemerlang pasti mempunyai tatacara kerja yang mantap termasuk menyusun falsafah, misi dan visi sehinggalah kepada membentuk amalan persekitaran dan budaya kerja yang konsisten, selain dari pembinaan Sikap (Atitude) Kemahiran (Skill) dan Pengetahuan (Knowledge) yang meluas. Begitu juga seorang pengurus itu perlu menyedari senario semasa dan ke manakah arah yang akan dituju dalam proses bergerak kehadapan.

Pekerja dan kakitangan yang baik juga memberi kesan langsung kepada kecemerlangan organisasi.    Untuk melahirkan budaya kerja berprestasi tinggi ini, saling mempercayai harga menghargai dan memberi peluang memperbetulkan kesilapan harus diamalkan dalam pengurusan sesebuah organisasi. Selain dari itu, penyediaan Sasaran Kerja Bulanan dan Tahunan setiap unit dan bahagian secara berterusan serta pengurusan yang strategik akan dapat memberi penambahbaikan dalam organisasi.

Saya berharap agar YIK dapat terus menggandakan usaha merapatkan jurang perbezaan antara Maahad-maahad Kerajaan dan SMU(A) Bantuan yang mempunyai matlamat pendidikan yang sama. Justeru itu, kita sebagai anggota pada satu badan bergerak senada memartabatkan pendidikan secara professional, amanah dan sopan.

Kita perlu sedar segala tugasan yang kita selesaikan bukan sekadar untuk mendapat habuan dan ganjaran di dunia semata-mata, malah sekiranya apa yang telah kita laksanakan itu selaras dengan tuntutan syariat pahala dan ganjaran akhirat sedang menanti,  itulah kesejahteraan di dunia dan ketenangan di akhirat.  Kesalingan kerja dan kerjasama mantap adalah asas kecemerlangan. ”Sesungguhnya sekolah yang terbaik adalah rumahtangga yang baik dan guru yang terbaik adalah ibubapa yang berhemah tinggi.



Hj Tengku Azmi b. Hj Tengku Jaafar
Pengarah
Yayasan Islam Kelantan
10 Safar 1433H bersamaan 1 Januari 2012