Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Satu majlis perasmian pertukaran pelajar Pesantren Modern Terpadu (PMT) Prof Dr Hamka Sumatera Barat Indonesia telah diadakan pada 4 Ramadhan 1435H/ 2 Julai 2014 Di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan.

Program tersebut dimulakan dengan ucapan YM Tuan Pengarah Yayasan Islam Kelantan yang mengalu-alukan kedatangan pelajar dari Indonesia serta berharap program ini berjalan dengan lancar. Majlis kemudian diserikan dengan persembahan seni silat  oleh pelajar pelajar Pesantren Modern Terpadu (PMT) Prof Dr Hamka Sumatera Barat Indonesia sebelum acara penyerahan pelajar kepada sekolah-sekolah dibawah Yayasan Islam Kelantan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Dato Muhammad Awang

Antara sekolah-sekolah yang menerima pelajar-pelajar pertukaran ini adalah Maahad Muhammadi Lelaki, MTS Bustannul Ariffin Beranga
nixkcode: Antara sekolah-sekolah yang menerima pelajar-pelajar pertukaran ini adalah Maahad Muhammadi Lelaki, MTS Bustannul Ariffin Berangan, Kolej Tahfiz Nurul Aman, Maahad Muhammadi Pasir Mas, Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong, Maahad Tahfiz Sains Asriah Banggol Chicha. Turut menghadiri majlis berkenaan, pengetua-pengetua maahad, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 11 September 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search