Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+
Majlis Sambutan Hari Raya Yayasan Islam Kelantan 1440H/2019

Nilam Puri : Yayasan Islam Kelantan telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 25 Jun 2019 bersamaan 21 Syawal 1440H bertempat di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan, Nilam Puri.

Majlis sambutan ini juga telah dihadiri oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Haji Ahmad bin Yacob, Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Haji Mohd Amar bin Abduullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan.

Majlis Sambutan Hari Raya ini bermula pada jam 11.00 pagi setelah YAB Menteri Besar Kelantan selesai mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan yang bermula pada jam 8.00 pagi.

Kemeriahan sambutan ini diserikan juga dengan kehadiran pengetua-pengetua dari sekolah-sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2018

Pengkalan Chepa – Kerajaan negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan telah meraikan pelajar-pelajar cemerlang dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Tahun 2018 yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah (PUTIK) di sini baru-baru ini yang merupakan kali ke-15 diadakan sejak tahun 2006.

            Penghargaan berupa sumbangan Kerajaan Negeri ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat 9A dan ke atas bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pangkat Mumtaz dalam  Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan 4P A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM).

            Kira-kira seramai 863 orang pelajar menerima anugerah ini yang terdiri dari sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri, sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan, Maktab Rendah Sains Mara dan juga Anak Kelantan yang cemerlang dari sekolah-sekolah luar negeri.

            Dalam ucaptama YB Dato' Haji Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang  merasmikan program berkata, anugerah kecemerlangan ini merupakan antara acara tahunan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memberi galakan, penghargaan, suntikan semangat dan perangsang kepada pelajar-pelajar Kelantan yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang diadakan pada 2018 yang lalu.

            Katanya lagi, Kerajaan Negeri telah menjadikan agenda pendidikan sebagai keutamaan bagi membangunkan sebuah masyarakat berilmu yang mampu membangun diri dan menggerakkan aktiviti harian selari dengan panduan yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada semua manusia.

            YB Dato' Haji Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, sejak anugerah ini mula diperkenalkan mulai tahun 2006 Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM6.192 juta sehingga tahun 2018 dengan harapan sumbangan ini akan menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk lebih terus gigih berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa yang akan datang.

Majlis Tadarus Ramadan 1440H YAB Mentari Besar Kelantan bersama Warga Yayasan Islam Kelantan 2019

NILAM PURI - Majlis Tadarus Al-Quran 1440H/2019M sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi peringkat Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah diadakan di Dewan Yayasan Islam Kelantan pada 16 Mei 2019 bersamaan 11 Ramadhan 1440H.

Majlis diserikan dengan kehadiran YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob dan Pengurusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli b. Dato' Hj Hassan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran ayat 151 hingga ayat 153 Surah Al-An'am oleh Ustaz Yahaya Bin Daud, Penyelia Tahfiz. Pengisian seterus majlis tadarus tersebut dengan tafsir ayat tersebut oleh YBrs. Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud Setiausaha Politik YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan MB Kelantan.

Majlis ini bermula jam 4 petang hingga solat Magbrib dan turut yang dihadiri oleh kesemua warga kerja Yayasan Islam Kelantan (YIK)  serta pengetua-pengetua sekolah Yayasan Islam Kelantan. Program ini merupakan salah satu aktiviti kerohanian tahunan dalam meraih kemanfaatan di bulan Ramadhan yang mubarak.

NILAM PURI : Yayasan Islam Kelantan melaksanakan komitmen Kerajaan Negeri ke arah mewujudkan 2 skim guru iaitu Guru Sandaran dan Guru Tetap menjelang 2020.

Langkah permulaan merealisasikan tujuan itu telah diadakan dengan menukar lantik seramai 281 orang Guru Ganti kepada Guru Berelaun dalam satu Majlis Penyampaian Surat Tawaran Guru Berelaun pada 24 April 2019. Jumlah berkenaan adalah dari 402 orang yang dilantik  sebelum atau pada1 April 2018.

Dalam majlis yang disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli b. Dato' Haji Hassan itu juga menyaksikan seramai 57 orang orang Berelaun yang berkhidmat lebih 12 tahun  dilantik kepada Guru Sandaran. Sementara seramai 43 orang guru dinaik taraf kepada kelayakan akademik yang lebih tinggi.

Yayasan Islam Kelantan mempunyai 6 skim guru yang akan dimansuh dan akan diserap secara berperingkat kepada 2 skim untuk dalam tempoh yang ditetapkan.

Seramai 850 guru terlibat dalam program ini dengan anggaran kos RM7.4 juta

Hadir sama dalam majlis yang diadakan di Dewan Yayasan Islam Kelantan itu,  Pengarah YIK,  Tengku  Ab Rahman Tuan Yunus,  Timbalan-timbalan Pengarah dan Pengetua-pengetua sekolah Yayasan Islam Kelantan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search