Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

 

1.         SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU)

Keputusan umum SMU pada tahun ini ialah 80.26% miningkat 1.09% dari tahun 2013 (79.17%).

Dari segi kecemerlangan, bilangan calon yang mendapat peringkat Mumtaz (Cemerlang) adalah seramai 1553 orang iaitu ( 26.23%) manakala tahun 2013 seramai 1534 calon @  (27.00%).

Manakala pencapaian kelulusan setiap matapelajaran, didapati  8 matapelajaran meningkat dan 2 matapelajaran mengalami  sedikit penurunan.  Perincian adalah sebagaiman berikut:- 

  1. Al Quran                      98.58%            meningkat       0.26%  dari      98.32%
  2. Nahu Soraf                  68.40%            meningkat       1.95%  dari      66.45%
  3. Balaghah                     79.57%            menurun          0.36%  dari      79.93%
  4. Mutalaah /Insya’           76.08%            menurun          1.76%  dari      77.84%           
  5. Tarikh Adab & Nusus     77.26%            meningkat       6.96%  dari      70.30%
  6. Tafsir & Hadith             85.48%            meningkat       5.42%  dari      80.46%
  7. Feqah & Tauhid           84.14%            meningkat       0.45%  dari      83.69%
  8. Akhlak & Tarikh Islam   77.35%            meningkat       4.35%  dari      73.00%
  9. Bahasa Melayu             96.55%            meningkat       2.98%  dari      93.57%
  10. Bahasa Inggeris           68.13%            meningkat       7.82%  dari      60.31%


11 BUAH SEKOLAH TELAH MENCAPAI KEPUTUSAN 100% IAITU:-

  1. Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
  2. Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu
  3. Maahad TAhfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai chondong
  4. Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas
  5. Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Al Asriah Pasir Mas
  6. Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan
  7. SMU(A) Tarbiah Al Islamiah Kg. Kuala Kajang
  8. Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Shah Alam
  9. Maahad Ar Rahmah Melaka
  10. Sekolah Menengah Islam Seremban
  11. Maahad Tahfiz Khairiah Mersing


PELAJAR TERBAIK SMU 2014 (LELAKI)

  1. Mohammad Abduh bin Mohammed dari Maahad Muhammadi Lelaki memperolehi 10 Mumtaz

 
PELAJAR TERBAIK SMU 2014 (PEREMPUAN)

  1. Siti Aisyah Binti Mohd. Lazim dari Maahad Muhammadi Perempuan memperolehi 10 Mumtaz

 

 

2.         SMTQ ( Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran )

Seramai  87  orang  calon  dari  Maahad  Tahfiz  Al-Quran  Wal  Qiraat  telah menduduki  peperiksaan  tersebut.

 
Peratus pencapaian SMTQ pada tahun ini ialah 100 %  iaitu tiga tahun berturut-turut. Pencapaian Mata Pelajaran Khusus dalam SMTQ ialah :

2.1.      Al-Quranul Karim     -           100 %
2.2.      Hifzul Mutun           -           98.96 %
2.3.      Al-Qiraat                -           95.83 %


Pelajar  Terbaik  SMTQ
  ( Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran )  pada tahun 2014  ialah :

  1.          Anas bin Abdul Basit  dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong  Memperolehi 10 Mumtaz  
  2.          Nik Mohamad Najib bin Nik Abd. Aziz dari Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas  Memperolehi  10 Mumtaz.

 

 

3.         STUP ( Sijil Tinggi Ugama Pondok )

Seramai  64  orang  calon  dari  Pusat  Pengajian  Pondok   telah   menduduki Peperiksaan  tersebut. Peratus  pencapaian  STUP  pada  tahun  ini  ialah 78.12 %  iaitu meningkat sebanyak 12.82 % berbanding tahun 2013. Pencapaian setiap Mata Pelajaran adalah sebagaimana berikut :

3.1.      Al-Quran                                  -           90.63 %
3.2.      Tafsir & Usul                             -           79.70 %
3.3.      Hadis & Mustolah                       -           80.1 %
3.4.      Tauhid & Mantiq                        -           93.75 %
3.5.      Fiqh & Usul Fiqh                        -           90.63 %
3.6.      Tarikh Islam & Tasauf                 -           87.5 %
3.7.      Nahu & Soraf                            -           89.1 %
3.8.      Mutalaah, Insya’& Balaghah         -           89.1 %

 Pelajar  Terbaik  STUP  ( Sijil Tinggi Ugama Pondok )  pada   tahun   2014 ialah  :

  1. Luqman Afifi bin Azmi Memperolehi Pangkat Mumtaz.  

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 November 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search