Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Pada 04 Februari 2015
Jam 11.00 Pagi

Sesungguhnya banjir yang melanda Negeri Cik Siti Wan kembang pada penghujung bulan Disember baru-baru ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat negeri ini.  Ini kerana banjir itu melanda secara meluas dan hampir seluruh negeri menerima impak tersebut. 

Rakyat negeri ini sebenarnya sudah biasa menerima banjir yang berlaku saban tahun tetapi banjir tersebut tidaklah terlalu besar dan kesannya tidak begitu teruk.  Namun demikian kesan banjir pada tahun ini agak besar dan merosakkan harta benda,  binatang ternakan,  kenderaan, perabot,  tanaman dan harta benda awam.  Sebahagian rakyat menjadi trauma dengan peristiwa banjir yang datang secara tiba-tiba dan dalam dalam keadaan mereka tidak bersedia. 

Walau bagaimanapun banjir yang Allah datangkan ini sebenarnya mengandungi banyak hikmat yang tersembunyi. Pada zahirnya warga Kelantan yang ditimpa musibah ini dituntut bersabar dan redha dengan ketetapan Ilahi.  Melalui musibah seperti inilah Allah boleh menilai yang mana satu hambanya yang dapat melepasi ujian kesabaran yang getir ini, atau mereka menjadi hamba yang hilang pertimbangan dan menyalahkan Allah atas takdir  yang berlaku. 

Dari satu sisi lain, Allah mahu menilai saudara-saudara kita dari negeri lain yang tidak ditimpa musibah adakah mereka terkesan dengan penderitaan saudara-saudara mereka di sini. Disinilah Kami warga YIK merasa begitu terharu dengan sumbangan yang mencurah-curah dan tidak putus-putus dari sahabat-sahabat kita dari seluruh pelusuk negeri di Semenanjung Malaysia.   Bantuan dan sumbangan dari Kerajaan Kerajaan Negeri,  Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, NGO, Persatuan-Persatuan, ahli korporat, dermawan dan  orang perseorangan tidak putus-putus diterima oleh rakyat Kelantan. 

Kerajaan telah melewatkan tarikh sekolah dibuka bagi memberi cukup masa kepada mangsa banjir membuat persediaan fizikal dan mental menghadapi tahun baru persekolahan. Bantuan bantuan seperti  pakaian sekolah, peralatan rumah,  uniform sekolah, perabot,  wang ringit,  peralatan untuk sekolah seperti kerusi, meja, papan putih,  komputer diterima daripada pelbagai pihak bagi memulihkan kehidupan rakyat negeri ini dan memulihkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah kepada keadaan asal seperti sedia kala. 

Pada 04 Februari 2015 baru-baru ini, kami warga YIK menerima kunjungan daripada wakil Pas Negeri Sembilan yang datang untuk bertanya khabar secara dekat tentang keadaan warga YIK.  Mereka diwakili oleh Ketua Dewan Ulama iaitu Ustaz Mohamad Khairi, Timbalan Ketua Dewan Ulama iaitu Ustaz Mustafa Dollah dan Bendahari Pas Negeri Sembilan iaitu Haji Jamaludin bin Hussin.  Mereka diiringi oleh Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan,  Al fadhil Ustaz Wan Roslan bin wan Hamat. 

Ketibaan mereka disambut oleh YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus dan Timbalan Pengarah Pengurusan En Kamarudin bin Omar.  Mereka kemudiannya  diberi taklimat oleh YM Pengarah tentang keadaan pasca banjir dan situasi semasa di sekolah-sekolah YIK. YM Pengarah menyatakan  ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang begitu perihatin membantu YIK terutamanya untuk mengadakan segala peralatan dan kelengkapan sekolah dalam jangka masa yang singkat bagi membolehkan pelajar meneruskan pembelajaran seperti biasa. 

Melalui majis ini juga Dewan Ulama Pas Negeri Sembilan turut mengambil kesempatan bagi menyampaikan sumbangan sebanyak 1000 unit kerusi dan meja kepada YIK bagi diagihkan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan peralatan tersebut. Dalam ucapan nya Ustaz Mustafa Dollah selaku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Sembilan mengatakan sumbangan ini sebenarnya diperolehi dari pelbagai pihak di sana.  Mereka mewawarkan kutipan ini melalui telefon dan Whatssapp kepada kenalan dan rakan-rakan bagi mengumpulkan dana bagi membeli 1000 unit kerusi dan meja ini. Pada hari ini mereka datang untuk menyerahkan secara rasmi sumbangan ini di pejabat YIK kepada YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan. 

Berikut merupakan senarai sekolah-sekolah yang diberi bantuan kerusi dan meja : 

  1. Maahad muhammadi gua musang
  2. Maahad muhammadi perempuan
  3. Maahad muhammadi rantau Panjang
  4. SMU(A) Sullamiah Bunut Payong
  5. SMU(A) Al-Falah Siram
  6. SMU(A) diniah bongor
  7. SMU(A) ehsan Tanam Merah
  8. SMU(A) Al Fitrah Pasir Sat
  9. SMU(A) Syukuriah Lubuk Stol
  10. SMU(A) Tarbiah Islamiah Lubok Gong
  11. SMU(A) Nurul Huda Kajang
  12. SMU(A) Tarbiah Islamiah Lubok Gong
  13. SMU(A) Nurul Ihsan Kandek
  14. SMU(A) Saadatul Qura Bahagia, Kuala Krai
  15. SMU(A) Al-Balaqhul Mubin Rong Chenok
  16. SMU(A) Tahiriah Tasek 

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search