Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

LAPORAN KEPUTUSAN SPM (SIJIL PELAJARAN MALAYSIA) TAHUN 2014
YAYASAN ISLAM KELANTAN

Seramai 4,828 pelajar daripada sekolah Yayasan Islam Kelantan telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014.  Calon yang berjaya memperolehi 9A hingga 12A berjumlah 143 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 32 pelajar telah memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran dimana 2 orang calon memperoleh 12A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Mereka terdiri 1 orang daripada Maahad Syamsul Maarif (P) Pulai Chondong dan seorang daripada Maahad Muhammadi Tumpat manakala 2 orang telah mendapat cemerlang tertinggi apabila memperolehi 10A+.

Dua orang  pelajar cemerlang tertinggi  ialah Ain Atiya Azmi Bt Nazmi Maahad Muhammadi Perempuan 11A (10A+, 1A) manakala Abdul Wafi Bin Misbah memperolehi 11A (10A+, 1A-), manakala Faqihah Bt Yusof Maahad Syamsul Maarif Perempuan Pulai Chondong memperolehi 12A (9A+, 3A) dan Ghazian Amin Bin Mukhtar (12A (3A+, 7A, 2A-) dari Maahad Muhammadi Tumpat.

Daripada jumlah calon SPM tahun 2014, seramai 4,492 atau 93.04% layak mendapat sijil iaitu penurunan sebanyak 0.4% berbanding 2013. Ianya berlaku apabila kita melihat kepada syarat baru persijilan mulai tahun 2013 yang mewajibkan lulus  mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk melayakkan mereka mendapat sijil berbanding hanya lulus Bahasa Melayu pada tahun-tahun sebelumnya.

Sebanyak 12 buah sekolah telah mencapai kelulusan 100% termasuk Sekolah Menengah Bantuan Negeri Kelantan. Sekolah-sekolah tersebut ialah:

  1. Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu
  2. Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong
  3. Kolej Tahfiz Nurul Aman Kok Lanas
  4. Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
  5. Maahad Muhammadi Lelaki
  6. Maahad Muhammadi Pasir Pekan
  7. Maahad Muhammadi Pasir Mas
  8. Maahad Syamsul Maarif (P)
  9. Maahad Muhammadi Tumpat
  10. Maahad Pengajian Islam
  11. Maahad Ar Rahmah Kenali
  12. SMU(A) Rahmaniah Paloh

 

SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG SPM TAHUN 2015

10A+

  1. Maahad Muhammadi Perempuan             - Ain Atiya Azmi bt Nazmi
  2. Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman                - Abdul Wafi bin Misbah

9A+

  1. Maahad Syamsul Maarif (P)                    - Faqihah bt Yusof
  2. Maahad Ahmadi Tanah Merah                 - Che Salmi bt Che Bahrun
  3. Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman                - Muhamad Hadzril Asyraf bin Azman

8A+

  1. Maahad Muhammadi Perempuan             - Siti Hajar bt Suhaimi
  2. Maahad Muhammadi Tumpat                  - Nur Ain Sabrina bt Azmi

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 11 September 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search