Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Bandar Penawar, 8-11 Jun 2015 - Telah berlangsung satu Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Ugama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke 16. Kejohanan KESSUMA 2015 disertai oleh kesemua 12 negeri di Semenanjung Malaysia yang diadakan di Kota Tinggi, Johor bermula 8 Jun 2015 sehingga 11 Jun 2015. Sebanyak 5 acara pertandingan kategori lelaki iaitu Sepaktakraw, Bola Sepak, Bola Tampar, Badminton dan Pingpong, manakala 4 acara dipertandingkan bagi kategori perempuan iaitu Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton dan Pingpong.

Alhamdulillah, Kelantan menjadi Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama kali Ke 16 (KESSUMA 2015) apabila menjadi johan dalam 3 acara iaitu Badminton(L) menentang Pahang di final, Pingpong(L) menentang Kedah di final dan Bola Tampar(L) menentang Terengganu di final. Tahniah kepada semua pemain yang mengharumkan nama Kelantan!

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search