Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

TUMPAT - Sesi persekolahan tahun ini lebih bermakna buat pelajar Sekolah Maahad Muhammadi Tumpat, di Kampung Sedar di sini apabila masjid baharu sekolah itu siap dibina dan sedia digunakan. Pembinaannya mencecah kos RM350,000 bagi menggantikan surau lama yang agak kecil dan tidak mampu menampung jumlah bilangan pelajar yang semakin meningkat. Masjid yang baharu siap itu dikenali sebagai Masjid Tuan Guru Haji Yakob sempena nama ayah kepada Menteri Besar Kelantan, mampu memuatkan 800 pelajar.

Pengetuanya, Kamarjan Abdul Rahman berkata, kerja-kerja pembinaannya mengambil masa setahun apabila dananya dikumpul hasil sumbangan orang ramai dan orang persendirian. "Ia dibina sejak 2013 lagi dan Alhamdullilah ia dapat disiapkan juga pada penghujung 2014. "Terima kasih kepada penderma yang bermurah hati menyumbangkan dana bagi menyiapkan masjid ini;' katanya.

Perasmian masjid baharu itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, kelmarin. Kamarjan berkata, masjid itu dapat memberi keselesaan kepada pelajar di sini untuk menunaikan solat berjemaah. Katanya, surau lama itu dinaiktaraf menjadi masjid dua tingkat bagi menampung jumlah pelajar di sekolah itu terutamanya ketika solat Zohor berjemaah.

Sementara itu, pelajar, Mohd Khairul Abdullah berkata, masjid itu merupakan mercu tanda sekolah berkenaan. "Ia selesa, ruangnya lebih luas jika dibandingkan dengan surau lama. "Terima kasih kepada penyumbang kerana merealisasikan pembinaan masjid ini," katanya

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 11 September 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search