Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Besut, Telah berlangsung satu Majlis Sambutan Hari Keluarga YIK (Yayasan Islam Kelantan) pada 11-12 September 2015 yang diadakan di Demong Beach Resort. Sambutan Hari Keluarga YIK dimulakan dengan pendaftran pada pukul 3.00 petang. Majlis Perasmian Sambutan Hari Keluarga YIK berlangsung pada pukul 8.30 malam. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan aluan dari YBrs. Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YM Pengarah YIK Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus dan diakhiri dengan jamuan makan malam.

Pada keesokan hari 12 September 2015, majlis dimulakan dengan solat subuh berjemaah dan diikuti dengan kuliah subuh. Acara sukan bermula pada pukul 8.30 pagi. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah Musical Chairs (Lelaki & Perempuan) bagi Tahun 1-3, Jalan Atas Bata (Lelaki & Perempuan) bagi Tahun 4-6, Isi Air Dalam Botol (Perempuan) bagi Tingkatan 1-3, Tendang Bola Penalti (Lelaki) bagi Tingkatan 1-3, Baling Kelapa bagi umur 19 tahun ke atas, Bola Tampar Pantai 6 Sebelah bagi warga YIK dan suami warga YIK, Baling Belon Berisi Air bagi acara berpasangan dan Acara Rebut Gula-gula bagi kanak-kanak. Seterusnya adalah upacara penyampaian hadiah bagi peserta yang telah berjaya. Hari Keluarga YIK diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 November 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search