Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Bangi - Nurul Safiyyah bt Mohd Fauzi, 14 tahun dari Sekolah Maahad Pengajian Islam Yayasan Islam Kelantan mengharumkan nama sekolah dengan menjadi johan di dalam Pertandingan Esei Sains & Teknologi Nuklear Peringkat Kebangsaan bersempena Hari Inovasi Agensi Nuklear Malaysia 2015. Pelajar tingkatan dua itu memenangi bagi kategori sekolah menengah rendah dan diikuti rapat oleh pelajar dari SMK Seksyen 5 Wangsa Maju dari Wilayah Persekutuan yang mendapat tempat kedua manakala tempat ketiga diraih oleh pelajar SMK Padang Pulut dari negeri Terengganu.

Acara kemuncak penyampaian hadiah diadakan di Dewan Tun Ismail Agensi Nuklear Malaysia pada 29 Oktober 2015 dan hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Nuklear Malaysia, Dr Muhd Noor bin Muhd Yunus kepada para pemenang-pemenang. Adik Nurul Safiyyah mendapat sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM1500 selaku hadiah utama.

Adik Nurul Safiyyah turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih mereka kepada ibu-bapa beliau, guru-guru dan rakan di sekolah yang memberikan sokongan sehingga beroleh kejayaan. Turut mengiringi Pengetua Maahad Pengajian Islam Pn Hajjah Rahimah bt Hussin. 

Tahniah kepada adik Nurul Safiyyah dari kami!

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search