Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Lundang, 26 Disember 2015: Telah berlangsung Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan 2015. Tokoh Tahfiz pada tahun ini disandang oleh adik Wan Nurul Husna Bt. Wan Syukri dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Beliau sebelum ini pernah menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan kategeri 10 juzuk pada tahun 2014 dan mendapat tempat kedua. Juga pernah menyertai Majlis Menghafaz Quran Kategori 20 juzuk tahun 2015, Majlis Menghafaz Al-Quran anjuran Saudi School Kuala Lumpur serta Johan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia bagi tahun 2015. Selain mendapat sijil dan penghargaan lain, beliau turut mendapat pakej penuh bagi mengerjakan umrah.

YAB Menteri Besar Kelantan menyampaikan Ucapan Perasmian dan Pengurniaan Sijil di Majlis Graduasi Tahfiz Kali Ke-6 bertempat di Dewan Utama Balai Islam Lundang. Seramai 375 orang pelajar menerima Sijil Graduasi Tahfiz pada hari ini.

Bermula tahun 2010, seramai 366 pelajar telah berjaya menamatkan hafazan di sekolah-sekolah tahfiz bawah kelolaan YIK. Sementara pada tahun 2011 seramai 294 oarang pelajar, tahun 2012 seramai 264 orang, tahun 2013 seramai 290 pelajar dan tahun 2014 seramai 258 orang pelajar.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 Disember 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search