Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Nilam Puri, 29 Disember 2015: Telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Keraian Kakitangan Bersara Dan Penyampaian Sumbangan Komputer Kepada Sekolah-Sekolah Di Bawah Yayasan Islam Kelantan. Majlis bermula pada pukul 10.00 Pagi di Dewan Yayasan Islam Kelantan. Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan, YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Tengku Ab Rahman Tuan Yunus, Pengetua-Pengetua Sekolah YIK serta Para Pegawai dan Kakitangan Yayasan Islam Kelantan.

Majlis dimulakan dengan ucaptama daripada YM Tengku Ab Rahman Tuan Yunus dan seterusnya ucapan daripada Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada kakitangan Yayasan Islam Kelantan yang bersara dan diikuti dengan penyampaian sumbangan komputer kepada sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.

Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini dilaksanakan dengan hadirin mengalunan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari kepada semua hadirin yang hadir.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search