Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Bandar Gua Musang, 17 Jan 2016 - YM. Pengarah Yayasan Islam Kelantan mengadakan lawatan ke Maahad Muhammadi Gua Musang untuk melihat perkembangan sekolah berkenaan dengan lebih dekat. Beliau yang tiba jam 7.15 pagi itu sempat menyaksikan perhimpunan pagi dan amalan bacaan al Quran pagi di sekolah berkenaan. Lawatan yang juga disertai Timbalan Pengarah Sekolah, Timbalan Pengarah Akademik dan Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan turut mengadakan pertemuan dengan semua guru.

Antara pesanan YM Pengarah ialah meminta semua guru dapat menunaikan tanggungjawab dengan berkesan dan menyedari bahawa semua tanggungjawab dan amanah akan dipersoalkan di hari muka. Selain itu YIK akan sentiasa membantu guru-guru ke arah meningkatkan pencapaian pelajar dan sekolah. YIK juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada guru-guru yang tidak akur arahan dan melanggar peraturan. Beliau berharap semua guru dapat menggalas harapan kecemerlangan dengan sentiasa meningkatkan kerjasama dan saling membantu. Dalam pertemuan yang sama beliau menyatakan kesediaan untuk meneliti permohonan pembangunan termasuk keperluan pagar sekolah dan mengecat banggunan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 November 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search