Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Yayasan Islam Kelantan diketuai YM Pengarah telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Pengajian Tinggi di Putrajaya dan juga Institut Terjemahan Buku Malaysia di Wangsa Maju pada 26 Februari 2016. Kunjungan yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim turut disertai ole Timbalan Pengarah Sekolah, Timbalan Pengarah Akademik, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid. Selain mendapat maklumat terkini, perbincangan singkat antara kedua-dua pihak telah membuahkan hasil positif ke arah memantapkan pengurusan pelajar ke luar negara sesi 2016/17. YM Pengarah melahirkan rasa gembira atas kerjasama yang telah diberikan dan berharap agar hubungan yang telah sedia terjalin dapat diperkukuhkan lagi dengan pertemuan yang berlangsung pada kali ini.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search