Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Satu kejohanan badminton telah diadakan pada 10 Jamadil Akhir 1437H bersamaan 19 Mac 2016. Kejohanan tersebut telah dianjurkan oleh Yayasan Islam Kelantan bertempat di Dewan Persatuan Badminton Kelantan Telipot bermula 8.30 Pagi berakhir 6.00 Petang.

YM Pengarah didalam ucapan perasmiannya merakamkan ucapan terima kasih kepada para perserta yang bersemangat dan menyatakan tujuan kejohanan ini selain memupuk ukhwah sesama warga Yayasan Islam Kelantan, ia juga diharap menjadi satu titik tolak permulaan kepada individu yang sudah lama berhenti bersukan agar meneruskan aktiviti riadah ini selepas kejohanan yang dilangsungkan. YM Pengarah juga sempat memberi pesanan agar masing-masing menjaga kesihatan melalui sukan dan pemakanan.

Pertandingan badminton ini berlangsung dengan sangat sengit dimana sebanyak 9 pasukan dari semua zon menghantar 12 orang pemain untuk 1 pasukan. Anggaran seramai lebih kurang 100 orang pemain berhimpun di Dewan Badminton untuk bersaing secara sihat. Manakala Yayasan Islam Kelantan telah menghantar 2 pasukan iaitu YIK (A) dan YIK (B). Pasukan YIK (A) berjaya meraih kemenangan hingga ke perlawanan akhir perlawanan dan dinobatkan sebagai Johan, manakala Zon 3 (Tumpat) meraih Naib Johan. Tempat Ke 3 diraih Pasukan Zon 6 (Tanah Merah & Machang) manakala tempat Ke 4 oleh pasukan Zon 5 (Pasir Puteh & Bachok).

Majlis berakhir pada pukul 6 petang sejurus selepas YM Pengarah menyampaikan piala dan hadiah kepada para pemenang dan sesi bergambar.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 November 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search