Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Nilam Puri, 23 April 2015 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Sekolah Rendah Ugama Yayasan Islam Kelantan 2016. Kejohanan tersebut telah mempertandingkan 8 acara sukan iaitu Footsal, Badminton (L), Olah Raga (L) 100 meter, Olah Raga (L) 200 meter, Olah Raga (P) 100 meter, Olah Raga (P) 200 meter, Bola Jaring, Badminton (P).

Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Sekolah Rendah Ugama Yayasan Islam Kelantan 2016 telah diadakan di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan, Nilam Puri. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh  YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Haji Tengku Ab Rahman B. Tuan Yunus. YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan juga turut memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar bagi meneruskan kejohanan sukan yang dipertandingkan di Dewan Yayasan Islam Kelantan, Dewan Footsal Kadok dan Majlis Daerah Ketereh.

Majlis penyampaian trofi dan hadiah kepada para pemain telah disampaikan oleh YBrs Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah, Che Kamaruddin Kamel.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 Disember 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search