Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Yayasan Islam Kelantan telah menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan Bersama Warga Yayasan Islam Kelantan pada 19 Jun 2016 bersamaan 14 Ramadhan 1437H di Dewan Besar YIK. Majlis bermula dengan pendaftaran pada pukul 4.00 petang dan diteruskan dengan solat Asar berjemaah. Setelah itu bacaan Al-Quran berserta terjemahan dibimbing oleh Ustaz Yahya dan huraian ayat dibuat oleh Datuk Dr. Johari Mat. Berikutan dari itu YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan membuka pertanyaan kepada warga Yayasan Islam Kelantan bagi menanyakan apa juga jenis persoalan yang timbul. Setelah selesai solat Magrib berjemaah majlis diakhiri dengan berbuka puasa.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search