Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Untuk maklumat terkini, sila ke facebook Yayasan Islam Kelantan di https://www.facebook.com/YayasanIslamKelantan/

 

UPDATE BERITA 20 JULAI 2016 [09:29 AM]

Jam 9.30 pagi waktu Mesir, 3.30 petang waktu Malaysia.

 

UPDATE BERITA 18 JULAI 2016 [01:02 PM]

Alhamdulillah...seramai 60 orang pelajar Kelantan yang terkandas di Airport Ankara telah selamat sampai ke Kaherah jam 9 malam tadi waktu tempatan. Pelajar-pelajar ini diiringi oleh Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Penilaian dan Peperiksaan), Us. Ahmad Pakhruddin Deraman. Mereka adalah sebahagian dari pelajar Kelantan yang akan menyambungkan pelajaran di beberapa buah universiti di Mesir dalam pelbagai bidang.

Rombongan pelajar ini menaiki Turkish Airline dan dijadualkan transit di Istanbul sebelum meneruskan perjalanan ke Kaherah. Disebabkan cubaan rampasan kuasa, kapal terbang yang membawa mereka terpaksa mendarat di Ankara Airport dan terkandas selama satu hari satu malam. 

Alhamdulillah kebajikan mereka tetap dijaga dan mendapat kerjasama dan layanan yang baik dari pihak pengurusan lapangan terbang dan Turkish Airline. Makan dan minum disediakan dan bermalam di sebuah hotel di Ankara sementara menunggu lapangan terbang kembali berfungsi dan perkhidmatan penerbangan kembali pulih. Pelajar-pelajar ini kemudian diterbangkan ke Istanbul sebelum ke Kaherah.

Selama krisis ini, saya banyak menerima panggilan dari pelbagai pihak khususnya wartawan akhbar dan televisyen. Terima kasih kepada pihak Yayasan Islam Kelantan yang sentiasa "update" keadaan, para ibubapa yang sentiasa mendoakan keselamatan mereka. Terima kasih juga kepada pihak media yang memberikan lapuran serta menunjukkan keperihatinan terhadap keselamatan pelajar-pelajar ini.

 

UPDATE BERITA 17 JULAI 2016 [12:02 PM]

Maklumat terkini yang kami terima dari Penolong Pengarah Penilaian & Peperiksaan, Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman selaku pegawai pengiring Yayasan Islam Kelantan, memaklumkan mereka sedang dibawa ke Airport Ankara pada 6.00 pagi ini dan disiarkan gambar-gambar para pelajar ketika berada di lobi hotel.

 

UPDATE BERITA 17 JULAI 2016 [07:25 AM]

Alhamdulillah buat masa ini rombongan pelajar ke Mesir yang diringi bersama pegawai Yayasan Islam Kelantan berada bersama pegawai kedutaan Malaysia di Turki selamat mendaftar di hotel di Ankara.

Pelajar-pelajar dilihat merehatkan diri sambil minum di kafe yang disediakan dan bersemangat walaupun berhadapan dengan masalah penerbangan ditangguhkan ekoran ruang udara ditutup kesan dari cubaan rampasan kuasa tentera kudeta.

 

UPDATE BERITA 16 JULAI 2016 [08:41 PM]

Alhamdulillah sekarang ini rombongan pelajar ke Mesir yang diringi bersama pegawai Yayasan Islam Kelantan sedang bersama pegawai kedutaan Malaysia di Turki dan pegawai tersebut membawa rombongan ini termasuk rombongan Andulisia hampir 100 orang menuju ke hotel. Ini kerana tidak ada penerbangan dari Ankara ke Istanbul pada hari ini.

Semua yang terkandas di lapangan terbang ini akan dibawa ke hotel untuk berehat setelah mendengar taklimat dari pihak pengurusan lapangan terbang sekejap lagi. Mereka dalam keadaan ceria dan tetap bersemangat walaupun berhadapan dengan masalah penerbangan ditangguhkan ekoran ruang udara ditutup kesan dari cubaan rampasan kuasa tentera kudeta. Walaubagaimana pun ruang udara telah dibuka semula namun tiada penerbangan ke Istanbul pada hari ini.

 

UPDATE BERITA 16 JULAI 2016 [06:10 PM]

Gambar pelajar rombongan Yayasan Islam Kelantan ke Mesir sedang menunaikan solat berjemaah di lapangan terbang Ankara sementara menunggu penerbangan dan ruang udara dibuka semula ekoran rampasan kuasa di Turki.

Mereka semua dalam keadaan tenang, serta disediakan hidangan makanan di lapangan terbang Ankara. 

Seramai 60 orang dari rombongan ini terkandas di lapangan terbang ini ketika menuju ke Kaherah dari Kuala Lumpur.

 

UPDATE BERITA 16 JULAI 2016 [05:20 PM]

Perkembangan terbaru : Pihak kami dimaklumkan semua penumpang TK 61 akan di bawa ke Ataturk Airport Istanbul selewat-lewatnya jam 5 petang waktu tempatan.

* Gambar baru diterima yang dihantar oleh pegawai pengiring disana, kelewatan gambar kerana disana line internet sangat teruk kesan kejadian awal pagi tadi.

 

UPDATE BERITA 16 JULAI 2016 [05:17 PM]

Berikut senarai 60 pelajar YIK termasuk pengiring telah selamat mendarat di Lapangan terbang Ankara Turki. Semua penumpang TK 61 telah ditempatkan di airport berkenaan dan di uruskan oleh Turkish Airline. Semua pelajar dalam keadaan selamat dan disediakan makanan dan minuman, telah menunaikan solat di lapangan terbang dan berkeadaan tenang dan ceria.

 

UPDATE BERITA 16 JULAI 2016 [05:15 PM]

Seramai 60 pelajar YIK termasuk pengiring telah selamat mendarat di Lapangan terbang Ankara Turki. Semua penumpang TK 61 telah ditempatkan di airport berkenaan dan di uruskan oleh Turkish Airline. Buat masa ini pihak Travel sedang rearrange untuk menyambung penerbangan ke Kaherah. Semua pelajar dalam keadaan selamat dan disediakan makanan dan minuman.

Menurut Pegawai pengiring penerbangan dari Kuala Lumpur seramai lebih 400 orang termasuk dari Travel Andalusia ini ditempatkan secara berasingan dari pesawat lain dalam keadaan yang amat memuaskan. Perkembangan seterusnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

 

UPDATE BERITA 16 JULAI 2016 [05:00 PM]

ULAANBAATAR - MONGOLIA. Ekoran cubaan rampasan kuasa di Turki dan zon larangan terbang di negara itu, sekurang-kurangnya 127 rakyat Malaysia disahkan terkandas di dua lapangan terbang di negara berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata 27 rakyat Malaysia daripada Yayasan Islam Kelantan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul, manakala lebih 100 orang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboğa di Ankara untuk transit selepas mengerjakan umrah.

Katanya, kebanyakan mereka yang terkandas ini sama ada dalam transit ke negara ketiga seperti Mesir atau singgah selepas mengerjakan umrah.

"Ini jumlah yang kita tahu setakat ini (12 tengah hari waktu Malaysia)...mereka terkandas selepas zon larangan terbang dibuat di seluruh negara dan penerbangan dibatalkan," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia Eropah (ASEM) ke-11 yang berakhir di sini hari ini.

Menurut beliau, Wisma Putra akan melakukan penyelarasan dengan Kedutaan Malaysia di Ankara untuk memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di sana terjaga.

http://www.sinarharian.com.my/…/tpm-127-rakyat-malaysia-ter…

 

UPDATE BERITA 16 JULAI 2016 [04:34 PM]

 

UPDATE BERITA 16 JULAI 2016 [01:15 PM]

Keadaan di lapangan terbang Ankara terkawal dan pelajar Malaysia ke Mesir selamat dan diberikan makan minum. Erdogan telah mengarahkan penerbangan dimulakan kembali macam biasa. Insya Allah pelajar kita sedang menunggu giliran untuk ke Mesir walaupun lewat sedikit daripada jadual.

Alhamdulillah cubaan merampas kuasa oleh segelintir tentera telah digagalkan oleh tentera elit Erdogan. Seramai 60 orang awam dan polis telah terkorban dan 336 tentera telah menyerah diri dan ditangkap (CNN TURKI).

Semoga dengan doa para ibu bapa sekelian, pelajar kita akan selamat sampai di Mesir dan Persatuan Pelajar Kelantan Mesir(KPKM) di Mesir sedang menunggu ketibaan mereka.

Ust. Ahmad Norisham b Ab Halim.
Ketua Rombongan Pelajar Kelantan Ke Mesir 2016.

 

UPDATE BERITA 15 JULAI 2016 [04:08 AM]

Rombangan pertama pelajar ke Mesir tiba di Cairo jam 2.55 pagi waktu tempatan. Rombangan diketuai oleh YBrs. Penolong Pengarah Pusat Bahasa Arab

 

UPDATE BERITA 14 JULAI 2016

Rombongan pertama ke Mesir, diiringi ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra oleh Timbalan-timbalan Pengarah dan Penolong-penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan pada pukul 4.10 petang Khamis 14 Julai 2016.

 

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 November 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search