Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

IMTIHAN QABUL (Ujian Kemasukan) ke kuliah universiti al-Azhar telah berlangsung 20/07/2016 di Markaz Bahasa Hayyu Sadis, Madinah Nasr.

Seramai 1,101 orang pelajar Malaysia dan 170 orang pelajar Kelantan, iaitu 111 lelaki dan 59 perempuan telah menduduki ujian ini yang diadakan dalam dua sesi. Sesi pertama ujian Syafawi iaitu perbualan yang telah bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 9.30 pagi kemudian pada jam 10.00 diadakan ujian Tahriri (bertulis) kemahiran bacaan dan mendengar yang telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Pegawai Kebajikan pelajar Kelantan Mesir dan Pengiring telah diberikan kebenaran eksklusif untuk melihat ujian tersebut dilaksanakan dan merakamkannya. Dewan tempat pelajar perempuan menjalani ujian. Seramai tiga pelajar diuji serentak. Sekian laporan daripada ketua Pengiring rombongan pelajar Kelantan ke Mesir 2016.

Ustaz Ahmad Norisham b. Ab Halim.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 November 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search