Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

 

PENGKALAN CHEPA: Usaha Kelantan memperkasakan bidang pendidikan agama semakin terserlah apabila sebuah lagi sekolah berprestasi tinggi diwujudkan.

Maahad Sains Tok Guru (MSTG) akan beroperasi 3 Januari 2017 berkonsep sekolah berasrama penuh.

Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Azhar Salleh berkata sekolah tersebut yang dibina dua tahun lepas siap sepenuhnya 15 September lalu membabitkan kos RM12.97 juta. Katanya seramai 120 pelajar sulung akan dipilih berdasar keputusan cemerlang Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Menurutnya keutamaan diberi kepada pelajar yang mendapat kelulusan 6 A dalam peperiksaan tersebut.

“Sekolah berasrama penuh ini hanya untuk pelajar lelaki sahaja. Yik juga menyediakan peluang pelajar luar Kelantan untuk belajar.

“Sebanyak 10 peratus dibuka peluang kepada pelajar cemerlang dari luar Kelantan,” katanya di sini.

Maahad Sains Tok Guru yang terletak tidak jauh dari kampus Universiti Malaysia Kelantan di Pengkalan Chepa dilengkapi 24 bilik darjah, asrama, bilik komputer, makmal, dewan makan, kantin dan bilik guru.

Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum kebangsaan dan bu’uth Al Azhar, Mesir.

Azhar berkata, kompleks sekolah itu dilengkapi pelbagai kemudahan pembelajaran terkini dan prasarana bagi kegiatan pelajar.

“Ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini untuk memasuki tingkatan satu tahun hadapan boleh memohon borang kemasukan sekarang,” jelasnya.

Disertakan borang permohonan untuk di download di:
http://www.yik.edu.my/koleksi/Hal_Ehwal_Murid/TG1_2017/borang-permohonan-kemasukan-tg1-maahad-kawalan-2017.pdf

- Syarat untuk borang permohonan dibeli secara online adalah, borang permohonan ini hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan bersama Wang Pos RM5.00 atas nama Pengarah Yayasan Islam Kelantan ke Maahad Kawalan yang dipohon.

Permohonan yang tidak disertakan Wang Pos tidak akan diproses.

Permohonan dibuka 3 Oktober 2016 sehingga Dua Minggu selepas keputusan UPSR diumumkan.

Borang yang sama digunakan untuk permohonan ke sekolah kategori Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan. Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:

1. MAAHAD MUHAMMADI (Lelaki)
2. MAAHAD MUHAMMADI (Perempuan)
3. MAAHAD TAHFIZ SAINS NURUL AMAN, KOK LANAS (Lelaki)
4. MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH (Perempuan)
5. MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN, TUMPAT (Lelaki)
6. MAAHAD TAHFIZ SAINS AL MUHAMMADI, NIPAH (Lelaki)
7. MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT, PULAI CHONDONG (Lelaki)
8. MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN ASRIAH, BANGGOL CHICHA (Lelaki)
9. MAAHAD SAINS TOK GURU, PENGKALAN CHEPA (Lelaki)

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search