Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Tumpat – “Terus kekalkan keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan dan terapkan disiplin yang tinggi dan tingkah laku yang baik semasa di sekolah” demikian dinyatakan oleh YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan dalam sesi pertemuan dengan pentadbir dan guru-guru SMU(A) Maheliah Geting, Tumpat pada 2 Mac 2017.

Lawatan kerja ini merupakan lawatan kerja pertama YM Pengarah pada tahun ini yang juga turut disertai oleh Timbalan-timbalan pengarah dan diurusetiakan oleh Bahagian Kenaziran Yayasan Islam Kelantan. Dalam program yang sama, YM Pengarah turut bersetuju untuk mengangkat kertas cadangan untuk menambahbaik pendawaian elektrik dan keceriaan di sekolah berkenaan.

YM Pengarah turut merakamkan ucapan tahniah diatas peningkatan keputusan peperiksaan yang telah dicapai oleh sekolah ini hasil kerjasama semua pihak dan komitmen yang tinggi yang telah ditunjukkan oleh guru-guru. YM Pengarah kemudian beramah-mesra dengan guru-guru didalam sesi dialog antara sekolah dan pihak YIK dan sesi bergambar yang diadakan sejurus selepas ucapan dari YM Pengarah.

Pihak Yayasan Islam Kelantan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah di atas persediaan dan sambutan yang diberikan oleh SMU(A) Maheliah Geting dan semoga terus maju jaya di masa akan datang.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 11 September 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search