Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Kota Bharu, 23 Mac 2017: Kerajaan Negeri Kelantan meneruskan tradisi meraikan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah pada tahun 2017. Majlis yang bertempat di JKR 10 Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan itu dimulakan dengan taklimat berkaitan suasana dan persekitaran negara Mesir oleh Penolong Pengarah Perkhidmatan Guru, Ustaz Azhar bin Salleh yang berkongsi pengalaman sewaktu berkhidmat sebagai Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan di Mesir hampir 3 tahun.

Seterusnya taklimat perjalanan dan penerbangan disampaikan oleh wakil dari Ash-Har Travel & Tours Sdn. Bhd, Ustaz Fakhrurazi bin Abdul Rahman, manakala Encik Hashim bin Ismail berkongsi tip dan manfaat Takaful Malaysia untuk pelajar. Dalam majlis yang sama, slot motivasi turut di diadakan oleh Tn Hj. Wan Roslan Wan Hamat, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan yang memberi fokus kepada pembinaan semangat dan jatidiri sepanjang berada di perantauan. Beliau turut berharap agar para pelajar terus meningkatkan kecemerlangan sahsiah dan akademik walaupun berjauhan dari ibu bapa dan tanahair.

Turut berucap YB Ust Mohamad b. Awang, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi. Menyempurnakan Majlis, ucapan dari YB. Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta selaku wakil Menteri Besar Kelantan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search