Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

NILAM PURI 15 Mac 2017 - Seramai 91 pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) memperolehi keputusan cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 dengan mendapat 9A hingga 12A. Daripada jumlah tersebut, seramai 33 pelajar telah memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran.

Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi YB Ustaz Muhammad Awang berkata seramai 5399 pelajar daripada Yayasan Islam Kelantan telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2016 dengan pertambahan 418 calon berbanding tahun 2015. Sebanyak 10 sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah mencatat keputusan 100 peratus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang diumum hari ini.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas mewakili kategori Maahad Kawalan YIK. Manakala Maahad Muhammadi Tumpat, Maahad Pengajian Islam, dan Maahad Muhammadi Pasir Pekan Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung mewakili kategori Maahad Pilihan YIK. SMU (A) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung pula mewakili kategori Sekolah Menengah Ugama YIK. Manakala Sekolah Agama Bantuan Kerajaan pula diwakili oleh SMU (A) Al-Kauthar Peringat, SMU (A) Tarbiah Islamiah, Kuala Kajang dan SMU (A) Mardziah Jabo.

2 orang pelajar diantara 91 pelajar cemerlang YIK telah mendapat 12A di dalam keputusan SPM 2016. Mereka ialah adik Siti Ameerah binti Fauzi dari Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu dan adik Amir bin Abdul Basit dari Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong.

Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Maahad muhammadi Perempuan memperolehi GPS 3.15 diikuti Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah memperolehi GPS 3.26 dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas memperolehi GPS 3.85.

Daripada jumlah calon SPM 2016, seramai 4957 calon atau 91.81% layak mendapat sijil iaitu lulus minima matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah mengalami penurunan sebanyak 1.74% berbanding tahun 2015. Jumlah calon yang menerima Pernyataan Keputusan ialah seramai 400 calon meningkat berbanding tahun 2015 seramai 268 calon. Sementara itu, jumlah calon yang gagal semua mata pelajaran pula ialah seramai 42 calon berbanding 58 calon pada tahun 2015.

Melalui keputusan yang diumumkan ini, semua yang terlibat sama ada para guru, ibu bapa dan pelajar diharap dapat meneruskan momentum kecemerlangan pada masa-masa akan datang. Yayasan Islam Kelantan merakamkan setinggi-tinhgi tahniah kepada semua pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dan terima kasih kepada pengetua, guru- guru serta semua pihak yang terlibat samada secara lansung dan tidak lansung atas pencapaian ini. Ucapan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang sentiasa mendokong agenda memartabatkan pendidikan agama dan semua yang terlibat meneruskan usaha yang berterusan membangun dan memajukan sistem pendidikan di negeri ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Akademik) YIK, Ustaz Mohd Zaki Deraman dan Penolong Pengarah Unit Penilaian dan Peperiksaan, Ustaz Anuar Rasid.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 November 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search