Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

NILAM PURI 5 April 2017 - Satu Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan telah diadakan pada 5 dan 6 April 2017 di beberapa Venue seperti berikut:

1. Bola Sepak di Padang Yayasan Islam Kelantan
2. Sepak Takraw di Dewan yayasan Islam Kelantan
3. Badminton Lelaki di Dewan Badminton PBKN Telipot
4. Bola Tampar Lelaki Dewan PPD pasir Mas
5. Ping Pong Lelaki di Dewan Johor Akademi Islam UM Nilam puri
6. Bola Jaring di Dewan SMK Salor
7. Bola Tampar Perempuan di Maahad Muhammadi Tumpat
8. Badminton Perempuan di Dewan Majlis Sukan Negeri Kelantan
9. Ping Pong Perempuan di Bilik Seminar 2 YIK

Kejohanan tersebut disertai oleh lapan zon yang terdiri daripada Zon Kota Bharu, Zon Pasir Mas Rantau Panjang, Zon Pasir Puteh Bachok, Zon Tanah Merah Machang , Zon Kuala Krai Gua Musang dan Zon Jeli.

Sebanyak 9 acara dipertandingkan yang terdiri daripada 5 acara kategori lelaki dan 4 acara kategori perempuan. Lima acara kategori lelaki ialah Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Tampar , Ping Pong dan Badminton. Acara kategori perempuan pula terdiri daripada Bola Jaring, Bola Tampar, Ping Pong dan Badminton.

Pada tahun ini Kelantan telah dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Ugama Malaysia ( KESSUMA) yang akan diadakan pada bulan Julai 2017 di Kompleks Sukan Hospital Universiti Malaysia Kubang Kerian.Kejohanan akhir menentukan pemilihan atlet sukan yang akan mewakili negeri Kelantan pada tahun ini.Pemain yang terpilih akan mewakili Kelantan dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Ugama Malaysia ( KESSUMA ) tahun ini.

Berikut adalah keputusan Akhir Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan yang diadakan Yayasan Islam Kelantan pada 6 April 2017.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search