Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Kuala Krai : Sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan diseru untuk meningkatkan tahap kecemerlangan akademik, demikian kata YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan di SMU(A)Falahiah Sungai Sok, Kuala Krai. Guru-guru juga perlu mengambil pendekatan pengajaran yang sesuai dengan situasi dan keadaan dan memberi tumpuan kepada peningkatan keberhasilan pelajar, ujarnya.

YM Pengarah dalam siri lawatan ke sekolah-sekolah dan lawatan ke SMU(A) Falahiah diadakan pada 4 Oktober 2017 bersama rombongan Pengurusan Yayasan Islam Kelantan. Rombongan beliau mendapat sambutan meriah dengan diiringi Pasukan Kadet Polis Sekolah dan kumpulan bunga Manggar oleh pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

Antara pengisian lawatan ini ialah majlis pertemuan dan dialog khas bersama guru SMU(A) Al Falahiah.

Dalam lawatan yang sama, Program Titipan Kasih anjuran Wanis YIK turut diadakan, di mana pelajar-pelajar disajikan dengan program motivasi kepada pelajar dan Majlis Penyampaian sumbangan zakat kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Program bersama Pengerusi Wanis Puan Zuridawati bt Hasan melibatkan 202 orang pelajar dan 173 pelajar menerima bantuan pakaian seragam sekolah.

Hadir sama dalam dalam lawatan berkenaan Timbalan Pengarah Pengurusan, Sekolah dan Akademik, Penolong Pengarah Kenaziran, Khidmat Pengurusan, Pembangunan, Akauntan, Pegawai Teknologi Maklumat dan Ahli -ahli Jawatankuasa Wanis Yayasan Islam Kelantan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 11 September 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search