Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Pengkalan Chepa, PUTIK : Hari Yayasan Islam Kelantan(YIK) iaitu hari perhimpunan bagi semua warga YIK termasuk tenaga pengajar sekolah-sekolah YIK dan kakitangan YIK telah berlangsung pada 24 September 2017. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YAB Ustaz Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob dan Pengurusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Ustaz Yahaya Bin Daud, Penyelia Tahfiz. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YM Haji Tengku Abdul Rahman bin Tuan Yunus, Pengarah Yayasan Islam kelantan. Kemudian diteruskan lagi dengan ucapan serta amanat oleh YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, Pengurusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi dan YAB Ustaz Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob. 

Sesudah YAB Ustaz Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob memberikan ucapan, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan anugerah. Bagi Anugerah Sekolah Terbaik keseluruhan kategori Maahad Kawalan dimenangi oleh Maahad Muhammadi (Perempuan). Manakala, bagi kategori Maahad Pilihan pula dimenangi Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan kategori SMU(A) dimenangi SMU(A) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung.

Anugerah Pencapaian 100% bagi peperiksaan PT3 diperolehi oleh sekolah Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Tahfiz Sains al Muhammadi, Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, dan Maahad Muhammadi(P). Manakala bagi peperiksaan SMU pula, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong, Maahad Tahfiz al-Quran Asriah, Maahad Muhammadi Pasir Pekan, dan SABK TAR. Islamiah Kuala Kajang. Peperiksaan SPM, Maahad Muhammadi(P), Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, dan Maahad Muhammadi Pasir Pekan.

Selain itu, Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum bagi kategori Maahad Kawalan diperolehi oleh Maahad Muhammadi Tanah Merah. Maahad Pilihan pula dimenangi oleh Maahad Muhammadi Tumpat. Kerajaan, Maahad Al-Sabirin Ayer Lanas. SMU(A), SMU(A) As-Saadah Batu Mengkebang, dan akhir sekali kategori SABK dimenangi oleh SMU(A) Al-Kauthar Peringat.

Yang Berbahagia Ustaz Haji Abdullah Hashim bin Omar Mantan Pengetua Maahad Syamsul Maarif Pulai Chondong telah dinobatkan sebagai tokoh pendidik Yayasan Islam Kelantan pada tahun ini.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 11 September 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search