Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kota Bharu : Pengumuman Keputusan STAM telah dilaksanakan oleh Dato' Muhamad Awang, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan di Pejabat Yayasan Islam Kelantan pada 18 Januari 2018.

Pelajar yang lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2017 ialah seramai 1217 orang atau 62.22 peratus daripada jumlah calon seramai 1956 iaitu lulus sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (Lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan tersebut.

Keputusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.93 peratus berbanding tahun 2016. Pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 139 calon berbanding 119 calon pada tahun 2016. Pencapaian pangkat Jayyid Jiddan (Amat Baik) seramai 343 calon pada tahun 2017 berbanding 346 calon pada tahun 2016. Pencapaian peringkat Jayyid (Baik) seramai 587 calon berbanding 601 calon pada tahun 2016 dan pencapaian pangkat Maqbul (Lulus) seramai 148 calon berbanding 134 calon pada tahun 2016.

Pencapaian terbaik 10 Mumtaz semua mata pelajaran peringkat Yayasan Islam Kelantan ialah seramai 19 calon manakala seramai 139 calon mendapat pangkat Mumtaz (Pangkat 1).

Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat memperolehi (GPS : 2.27) diikuti Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman memperolehi (GPS : 2.46) dan Maahad Muhammadi Perempuan memperolehi (GPS : 2.46).

Melalui keputusan yang diumumkan ini, adalah diharapkan agar semua pihak yang terlibat sama ada para guru, ibu bapa dan pelajar dapat meneruskan kecemerlangan pada masa-masa akan datang.

Yayasan Islam Kelantan mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar cemerlang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung atas pencapaian ini.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan JAKIM atas usaha yang berterusan membangun dan memajukan sistem pendidikan agama dan arab di negeri ini.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search