Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Kota Bharu : Seramai 5439 pelajar daripada Yayasan Islam Kelantan telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017. Jumlah calon ini adalah bertambah sebanyak 40 calon berbanding tahun 2016 seramai 5399 calon. Calon yang berjaya memperolehi 9A hingga 12A berjumlah 137 pelajar. Daripada jumlah tersebut, seramai 36 pelajar telah memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran.

         Daripada jumlah calon SPM 2017, seramai 5102 calon atau 93.80% layak mendapat sijil iaitu lulus minima matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Peratusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.99% berbanding tahun 2016 iaitu sebanyak 4957 calon atau 91.81%. Jumlah calon yang menerima Pernyataan Keputusan ialah seramai 295 calon menurun berbanding tahun 2016 seramai 400 calon. Jumlah calon yang gagal semua mata pelajaran pula ialah seramai 42 calon menyamai 42 calon pada tahun 2016.

        Berdasarkan analisis yang dijalankan, 17 buah sekolah telah mencatat keputusan kelulusan 100.00%.

        Melalui keputusan yang diumumkan ini, semua yang terlibat sama ada para guru, ibu bapa dan pelajar diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan pada masa-masa akan datang. Saya mewakili Yayasan Islam Kelantan mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar cemerlang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas pencapaian ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas usaha yang berterusan membangun dan memajukan sistem pendidikan di negeri ini.

Analisis Keputusan SPM sekolah-sekolah YIK bagi tahun 2017 boleh dirujuk di Pautan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 17 Oktober 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search