Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

KOTA BHARU:Sebanyak 82 buah sekolah daripada Yayasan Islam Kelantan telah menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2018. Jumlah keseluruhan calon daripada sekolah Yayasan Islam Kelantan melebihi 6000 calon. Daripada jumlah tersebut, seramai 279 pelajar telah memperolehi semua A dalam semua pentaksiran mata pelajaran.

Berdasarkan analisis yang dijalankan, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah mendapat Gred Purata Sekolah terbaik iaitu sebanyak 1.17 diikuti Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman memperolehi Gred Purata Sekolah sebanyak 1.22 dan Maahad Muhammadi Lelaki yang memperolehi Gred Purata Sekolah sebanyak 1.23.

Melalui keputusan yang diumumkan ini, semua yang terlibat sama ada para guru, ibu bapa dan pelajar diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan pada masa-masa akan datang. Yayasan Islam Kelantan mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar cemerlang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas pencapaian ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas usaha yang berterusan membangun dan memajukan sistem pendidikan di negeri ini.

Analisis Pencapaian Keseluruhan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018 Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan boleh download di:

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search