Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Pelajar yang lulus dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) pada tahun 2018 ialah seramai 5,789 orang atau 92.98 % daripada jumlah calon seramai 6,226 orang iaitu lulus sekurang- kurangnya pangkat Maqbul (lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan tersebut.

Keputusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.71 % berbanding tahun 2017. Pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 2,806 calon berbanding 2,408 calon pada tahun 2017. Pencapaian pangkat Jayyid Jiddan (Amat Baik) seramai 1,479 calon berbanding 1,636 calon pada tahun 2017. Pencapaian pangkat Jayyid (Baik) seramai 1,150 calon berbanding 1,242 calon pada tahun 2017 dan pencapaian pangkat Maqbul (Lulus) seramai 336 calon berbanding 403 calon pada tahun 2017.

Pencapaian terbaik 10 Mumtaz semua mata pelajaran ialah seramai 461 orang calon manakala seramai 2,345 orang calon mendapat pangkat Mumtaz (Pangkat 1)

Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong memperolehi (GPS : 1.00) dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas memperolehi (GPS : 1.03)

Manakala bagi peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP), seramai 49 orang calon telah menduduki peperiksaan. Jumlah calon meningkat seramai 5 orang berbanding tahun 2017 seramai 44 orang calon. Pelajar yang lulus pada tahun 2018 ialah seramai 41 orang calon. Peratus kelulusan penuh Sijil Tinggi Ugama Pondok tahun 2018 ialah 83.67 % berbanding 81.82 % tahun 2017. Keputusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.85 % berbanding tahun 2017. 
Pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 5 orang. Pencapaian pangkat Jayyid Jiddan (Amat Baik) seramai 13 orang. Pencapaian pangkat Jayyid (Baik) seramai 20 orang dan pencapaian pangkat Maqbul (Lulus) seramai 3 orang. Terdapat seorang calon yang mendapat 8 Mumtaz dalam semua mata pelajaran

Melalui keputusan yang diumumkan ini, adalah diharapkan semua pihak yang terlibat sama ada para guru, ibu bapa dan pelajar dapat meneruskan kecemerlangan pada masa – masa akan datang.

Yayasan Islam Kelantan mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar cemerlang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas pencapaian ini. Ucapan setinggi- tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas usaha yang berterusan membangun dan memajukan sistem pendidikan agama dan arab di negeri ini.

PELAJAR TERBAIK SIJIL MENENGAH UGAMA/SMU (DINI) - (10 MUMTAZ)

MAAHAD KAWALAN:
1) Mohd Khairul Hafiz bin Mohamad Zawawi - Maahad Muhammadi Lelaki

2) Nur Hanun bt Ismail - Maahad Muhammadi Perempuan

MAAHAD PILIHAN:
1) Abdul Rahman bin Azmi - Maahad Muhammadi Pasir Mas

2) NorTasnim Bt Mohd Rosdi - Maahad Ahmadi Tanah Merah

MAAHAD KERAJAAN 
1) Muhamad Alif Najmi bin Mohd Sedi - Maahad Syamsul Maarif Lelaki

2) Engku Irdina bt Engku Amran - Maahad Syamsul Maarif Perempuan

KATEGORI SMU(A)
1) Ahmad Fakhrul Anuwar bin Mat Sidek - SMU(A) Hamidiah Padang Lepai

2) Nor Bashirah bt Atikullah - SMU(A) Sullamiah Bunut Payong

KATEGORI SEKOLAH SWASTA
1) Muhammad Azri bin Zahid - Maahad Tahfiz Khairiah Mersing

2) Maizurah binti Mohd Zuraidi - Madrasah Darul Mujahidin Selangor

KATEGORI SABK - SMU(DINI)
1) Muhamad Syarief bin Noor Hasin - SMU(A) Darul Iman Beris Lalang

2) Auni Basirah binti Mohamed Marzuki - SMU(A) Darul Iman Beris Lalang

PELAJAR TERBAIK SIJIL MENENGAH TAHFIZ QURAN /TAHFIZ SAINS - (10 MUMTAZ)

KATEGORI TAHFIZ QIRAAT
1) Muhamad Nawfal Wafi bin Mohd Sabri - Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong

KATEGORI TAHFIZ SAINS
1) Mohamed Haiqal Syahmi bin Mohamed Asri - Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman

2) Juwairiyah Sofeah binti Mohd Saa'ufi - Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah

PELAJAR TERBAIK SIJIL TINGGI UGAMA PONDOK (8 MUMTAZ)
1) Muhammad Muaz bin Mohd Yusoff - Pusat Pengajian Pondok

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 Disember 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search