Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+
PUTIK, Pengkalan Chepa: Telah berlangsung Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan bagi tahun 2018. Tokoh Tahfiz pada tahun ini disandang oleh adik Abdul Rauf bin Sapuan yang menuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Condong. Beliau sebelum ini pernah menyertai Musabaqah Al-Quran Kategori 20 Juz dan pernah mendapat johan dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Antara Maahad Tahfiz Peringkat Yayasan Islam Kelantan Kategori 20 Juzuk. Disamping itu, beliau memdapat pangkat Mumtaz dan Ujian Syahadah 10 juzuk. Selain itu, beliau juga berkebolehan menghafaz satu muka surat al-Quran dalam 8 minit dan membuat persembahan ujian hafazan spontan dalam majlis-majlis rasmi. Selain mendapat sijil dan penghargaan lain, beliau turut mendapat pakej penuh bagi mengerjakan umrah dan sebuah komputer riba. Dalam majlis ini Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Dato' Dr Mohammad Fadzli Dato' Hassan menyatakan bahawa seramai 281 orang hufaz akan menerima anugerah penghargaan pada tahun 2018. Dalam ucapan perasmian Majlis Graduasi Tahfiz 2018 ini, YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan mengucapkan tahniah kepada semua graduasi tahfiz dan berharap dengan kewujudan anugerah ini menjadi inspirasi kepada pelajar – pelajar lain untuk berlumba - lumba dalam mencapai kecemerlangan dalam bidang hafazan. Selain itu, Menteri Besar Kelantan juga mengucapkan tahniah kepada seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Graduasi Tahfiz kali ke-9. Majlis berakhir dengan penyampaiaan anugerah penghargaan dan bersurai.

Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan pada tahun 2018 ialah seramai 2070 pelajar daripada 25 pusat peperiksaan. Daripada jumlah calon tersebut, seramai 1374 pelajar atau 66.38 peratus memperolehi lulus peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (Lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan tersebut.

        Keputusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 4.19 peratus berbanding tahun 2017. Pencapaian terbaik 10 Mumtaz semua mata pelajaran peringkat Yayasan Islam Kelantan ialah seramai 20 calon. Pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 147 calon berbanding 139 calon pada tahun 2017. Pencapaian pangkat Jayyid Jiddan (Amat Baik) seramai 407 calon pada tahun 2018 berbanding 343 calon pada tahun 2017. Pencapaian peringkat Jayyid (Baik) seramai 656 calon berbanding 587 calon pada tahun 2017 dan pencapaian pangkat Maqbul (Lulus) seramai 164 calon berbanding 148 calon pada tahun 2017.

       Manakala bagi pencapaian gred purata peringkat Yayasan Islam Kelantan menunjukkan peningkatan daripada 3.19 pada tahun 2017 kepada 3.11 pada tahun 2018. Pencapaian kecemerlangan lulus mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan iaitu 87.72% berbanding 85.54% pada tahun 2017.

        Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman memperolehi (GPS : 2.05) diikuti Maahad Muhammadi Perempuan memperolehi (GPS : 2.17) dan Maahad Muhammadi Lelaki memperolehi (GPS : 2.29).

        Melalui keputusan yang diumumkan ini, adalah diharapkan agar semua pihak yang terlibat sama ada para guru, ibu bapa dan pelajar dapat meneruskan kecemerlangan pada masa-masa akan datang. Saya mewakili Yayasan Islam Kelantan mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar cemerlang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung atas pencapaian ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan JAKIM atas usaha yang berterusan membangun dan memajukan sistem pendidikan agama dan arab di negeri ini.

LAPORAN KEPUTUSAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) 2018

 

  1. PENDAHULUAN

Seramai 2070 pelajar Yayasan Islam Kelantan telah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2018. Jumlah calon meningkat seramai 114 orang berbanding tahun 2017 seramai 1956 calon


       2. PERATUS KELULUSAN 

Peratus kelulusan mengikut pangkat ialah 66.38 % berbanding 62.22 % (2017) meningkat sebanyak 4.16 %.

Peratus kelulusan mengikut mata pelajaran ialah 87.72% berbanding 85.54% (2017) meningkat sebanyak 2.18%

  1. KECEMERLANGAN
    1. Pencapaian Kecemerlangan pangkat Mumtaz (Pangkat 1) seramai 147 orang
    2. Pencapaian penuh mengikut pangkat 

      JUMLAH CALON

      PANGKAT

      BILANGAN CALON

      PERATUS

      2070

      Mumtaz

      147

      7.10

      Jayyid Jiddan

      407

      19.66

      Jayyid

      656

      31.69

      Maqbul

      164

      7.92

      Rasib

      696

      33.62

    3. Pencapaian 10 Mumtaz

      Seramai 20 orang calon memperolehi pencapaian mumtaz dalam 10 mata pelajaran yang di ambil

 

 

  1. SEKOLAH TERBAIK (MENGIKUT GRED PURATA SEKOLAH-GPS)
    1. MAAHAD KAWALAN

      4.1.1

      KOLEJ TAHFIZ SAINS NURUL AMAN KOK LANAS

      2.05 (92.86%)

      4.1.2

      MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

      2.17 (98.26%)

      4.1.3

      MAAHAD MUHAMMADI LELAKI

      2.29 (93.42%)

    2. MAAHAD PILIHAN

      4.2.1

      MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN

      2.75 (80.81%)

      2.79 (83.53%)

      4.2.2

      MAAHAD MUHAMMADI RANTAU PANJANG

      2.88 (65.63%)

      2.80 (82.58%)

      4.2.3

      MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS

      2.99 (70.79%)

      2.93 (61.84%)

    3. MAAHAD KERAJAAN

      4.3.1

      MAAHAD SYAMSUL MAARIF PEREMPUAN

      2.99 (69.15%)

      2.94 (65.31%)

      4.3.2

      MAAHAD YAAKUBIAH NIPAH

      3.09 (72.45%)

      3.07 (70.77%)

      4.3.3

      MAAHAD AL SABIRIN AYER LANAS

      3.22 (66.04%)

      3.35 (50.00)

    4. SMU (A)

      4.4.1

      SMU (A) TARBIAH MARDHIAH PANCHOR

      3.08 (66.67%)

      3.47 (57.89%)

      4.4.2

      SMU (A) AZHARIAH MELOR

      3.24 (60.49%)

      3.69 (44.44%)

      4.4.3

      SMU (A) MEHELIAH GETING

      3.27 (70.91%)

      3.70 (40.91%)

  1. PELAJAR YANG MENDAPAT 10 MUMTAZ

1

AHMAD FURQAN BIN MOHD NASIR

MAAHAD MUHAMMADI LELAKI

2

MUHAMMAD ARFAN RABBANI BIN ABDULLAH

MAAHAD MUHAMMADI LELAKI

3

MUHAMMAD KHAIRUL AMRI BIN MOHD NASIR

MAAHAD MUHAMMADI LELAKI

4

MUHAMMAD ZIAD ZULMAJDI BIN MAT ALI

MAAHAD MUHAMMADI LELAKI

5

AHMAD SYURAIH FIQHI BIN MOHD SAA’UFI

KOLEJ TAHFIZ SAINS NURUL AMAN

6

MUHAMMAD SYAFIQ FAHMI BIN MOHD ROPI

KOLEJ TAHFIZ SAINS NURUL AMAN

7

WAN MUHAMAD AL-FATIH BIN WAN JONDULLAH

KOLEJ TAHFIZ SAINS NURUL AMAN

8

ABDUL AZIZ BIN ABDUL RAHMAN

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT

9

NUR ASYIQIN BINTI MUHAMAD RUKMAN

MAAHAD AMIR INDERA PETRA

10

AHMAD HASYIMI BIN WAN AHMAD

MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS

11

NUR ADILAH BINTI MOHD JANANI

MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS

12

NURUL MUKMINAH BINTI MAKHTAR

MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS

13

ABIDAH BINTI MOHD SOBRI

MAAHAD MUHAMMADI RANTAU PANJANG

14

MUHAMAD IQBAL BIN OSMAN

MAAHAD MUHAMMADI RANTAU PANJANG

15

NOOR AZYYATI BINTI AB. MALEK

MAAHAD MUHAMMADI RANTAU PANJANG

16

SITI SOFIAH BINTI MAT NAIN

MAAHAD MUHAMMADI RANTAU PANJANG

17

NURUL IZZAH BINTI ZUNAIDI

MAAHAD TAQADDUM MAARIF

18

SITI NUR AMNI BINTI MOHAMED JUHARI

MAAHAD YAAKUBIAH

19

MUHDI BIN MOHAMAD AZIZ

SMU (A) AZHARIAH

20

MUHAMAD AKRAM WAE-HAMA

SMU (A) TARBIAH MARDHIAH

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 12 Jun 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search