Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+
Majlis Graduasi Tahfiz 2018

PUTIK, Pengkalan Chepa: Telah berlangsung Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan bagi tahun 2018. Tokoh Tahfiz pada tahun ini disandang oleh adik Abdul Rauf bin Sapuan yang menuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Condong. Beliau sebelum ini pernah menyertai Musabaqah Al-Quran Kategori 20 Juz dan pernah mendapat johan dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Antara Maahad Tahfiz Peringkat Yayasan Islam Kelantan Kategori 20 Juzuk. Disamping itu, beliau memdapat pangkat Mumtaz dan Ujian Syahadah 10 juzuk. Selain itu, beliau juga berkebolehan menghafaz satu muka surat al-Quran dalam 8 minit dan membuat persembahan ujian hafazan spontan dalam majlis-majlis rasmi. 

Selain itu, Tokoh Tahfiz pada tahun ini juga disandang oleh adik Ainul Mardhiah binti Hamdan yang menuntut di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Beliau sebelum ini pernah mendapat tempat ketiga dalam hafazan peringkat sekolah dan musabaqah al-quran kategori 10 juzuk. Disamping menyandang jawatan sebagai ahli jawatankuasa Badan Dakwah Sekolah.

Selain mendapat sijil dan penghargaan lain, kedua-dua tokoho turut mendapat pakej penuh bagi mengerjakan umrah dan sebuah komputer riba.

Dalam majlis ini Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Dato' Dr Mohammad Fadzli Dato' Hassan menyatakan bahawa seramai 281 orang hufaz akan menerima anugerah penghargaan pada tahun 2018.

Dalam ucapan perasmian Majlis Graduasi Tahfiz 2018 ini, YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan mengucapkan tahniah kepada semua graduasi tahfiz dan berharap dengan kewujudan anugerah ini menjadi inspirasi kepada pelajar – pelajar lain untuk berlumba - lumba dalam mencapai kecemerlangan dalam bidang hafazan.
Selain itu, Menteri Besar Kelantan juga mengucapkan tahniah kepada seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Graduasi Tahfiz kali ke-9.

Majlis berakhir dengan penyampaiaan anugerah penghargaan dan bersurai.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search