Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Seramai 4917 pelajar daripada Yayasan Islam Kelantan telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018. Jumlah calon ini adalah berkurang sebanyak 84 calon berbanding tahun 2017 seramai 5001 calon. Calon yang berjaya memperolehi 9A hingga 12A berjumlah 120 pelajar. Daripada jumlah tersebut, seramai 27 pelajar telah memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran.

Daripada jumlah calon SPM 2018, seramai 4649 calon atau 94.55% layak mendapat sijil (lulus minima mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah). Peratusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.74% berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak 5103 calon atau 91.81%. Jumlah calon yang menerima Pernyataan Keputusan ialah seramai 229 calon menurun berbanding tahun 2017 seramai 295 calon. Jumlah calon yang gagal semua mata pelajaran pula ialah seramai 39 calon berbanding 41 calon pada tahun 2017.

Berdasarkan analisis yang dijalankan, 9 buah sekolah telah mencatat keputusan kelulusan 100.00%. Sekolah berkenaan adalah sebagaimana berikut

  1. Maahad Muhammadi Perempuan
  2. Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat
  3. Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
  4. Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman
  5. Maahad Muhammadi Pasir Pekan
  6. Maahad Muhammadi Tumpat
  7. Maahad Rahmaniah Kuala Krai
  8. Maahad Syamsul Maarif Perempuan
  9. SMU (A) Bustanul Saadah Morak

Melalui keputusan yang diumumkan ini, semua yang terlibat sama ada para guru, ibu bapa dan pelajar diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan pada masa-masa akan datang. Saya mewakili Yayasan Islam Kelantan mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar cemerlang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas pencapaian ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas usaha yang berterusan membangun dan memajukan sistem pendidikan di negeri ini.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 November 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search