Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Kota Bharu : Yayasan Islam Kelantan telah menganjurkan Majlis keraian pelajar ke Timur Tengah tahun 2019 pada April 2019 bersamaan 2 Syaaban 1440H, bertempat di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darul Naim.
Majlis keraian ini disempurnakan oleh YB Dato’ Hj. Abdullah bin Ya’akub, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan mewakili YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar.

Seramai 212 pelajar telah diraikan dalam majlis ini melibatkan 150 pelajar lelaki dan 62 pelajar perempuan yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di Timur Tengah dalam bidang Pengajian Islam bagi kursus-kursus Bahasa Arab, Syariah, Dirasat Islamiah dan Usuluddin.

Dalam ucaptama YB Dato’ Abdullah bin Ya’akub, beliau menekankan kepada para pelajar supaya menuntut ilmu dengan perlu kesabaran dan berdisiplin. Ini kerana, banyak cabaran dan dugaan yang akan dihadapi oleh para pelajar apabila menginjakkan kaki ke bumi anbiya.

Selain itu pelajar adalah digalakkan agar mengambil peluang dan kesempatan berada di Timur Tengah kelak untuk belajar di kuliah-kuliah dan ilmu-ilmu lain tentang Islam. Para penuntut juga hendaklah memantapkan pertuturan bahasa arab dengan lughah bahasa yang betul iaitu Bahasa Arab fushah dan berusaha untuk menguasai bahasa tersebut dengan baik.

Akhirnya beliau melahirkan harapan agar semua pelajar apabila menamatkan pengajian di sana kelak agar dapat memberi sumbangan ilmu kepada masyarakat dan negeri Kelantan khususnya.

Dalam majlis berkenaan juga YB Dato’ Speaker telah menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri kepada semua pelajar sebagai sebahagian dari komitmen kerajaan. Pelajar-pelajar ini dijangka akan berlepas ke Mesir bermula 14 April 2019.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 18 Ogos 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search