Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+
Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2018

Pengkalan Chepa – Kerajaan negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan telah meraikan pelajar-pelajar cemerlang dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Tahun 2018 yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah (PUTIK) di sini baru-baru ini yang merupakan kali ke-15 diadakan sejak tahun 2006.

            Penghargaan berupa sumbangan Kerajaan Negeri ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat 9A dan ke atas bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pangkat Mumtaz dalam  Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan 4P A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM).

            Kira-kira seramai 863 orang pelajar menerima anugerah ini yang terdiri dari sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri, sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan, Maktab Rendah Sains Mara dan juga Anak Kelantan yang cemerlang dari sekolah-sekolah luar negeri.

            Dalam ucaptama YB Dato' Haji Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang  merasmikan program berkata, anugerah kecemerlangan ini merupakan antara acara tahunan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memberi galakan, penghargaan, suntikan semangat dan perangsang kepada pelajar-pelajar Kelantan yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang diadakan pada 2018 yang lalu.

            Katanya lagi, Kerajaan Negeri telah menjadikan agenda pendidikan sebagai keutamaan bagi membangunkan sebuah masyarakat berilmu yang mampu membangun diri dan menggerakkan aktiviti harian selari dengan panduan yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada semua manusia.

            YB Dato' Haji Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, sejak anugerah ini mula diperkenalkan mulai tahun 2006 Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM6.192 juta sehingga tahun 2018 dengan harapan sumbangan ini akan menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk lebih terus gigih berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa yang akan datang.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 Disember 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search