Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Pasukan Negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah berjaya memperolehi kedudukan ke tiga keseluruhan dalam pertandingan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan kali ke 6 tahun 2019 yang telah berlangsung pada 5 hingga 7 Julai 2019 bertempat di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP). Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan tuan rumah pada penganjuran kali ini.

Sebanyak 14 kontinjen dari 14 negeri serta 1000 peserta dan pegawai telah terlibat dan bertanding dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Sebanyak 11 acara telah dipertandingkan sepanjang majlis berlangsung iaitu Tilawah Al-Qur’an (lelaki dan perempuan), Hafazan Al-Qur’an (lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Inggeris (lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Melayu (lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Arab (lelaki dan perempuan), Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen (Terbuka), Kuiz Dini Bahasa Arab (Terbuka), Khat (lelaki dan perempuan), Nasyid (lelaki dan perempuan), Pembacaan Kitab Turath (Lelaki) dan Kitabatul Maqal (lelaki dan perempuan).

Negeri Kelantan berjaya memperolehi johan dalam 3 acara yang dipertandingkan melalui Tilawah (Perempuan), Khat (Lelaki) dan Khat (Perempuan). Hanya 1 acara sahaja Kelantan memperolehi pencapaian naib johan iaitu melalui acara Tilawah (Lelaki). Manakala pencapaian tempat ke tiga negeri Kelantan diperolehi melalui acara Syarahan Bahasa Inggeris (Lelaki), Hafazan (Perempuan), Khat (Berpasukan) dan Kuiz (Berpasukan).

Keputusan akhir pertandingan MIISMAM 2019 ini menyaksikan Selangor memperolehi johan sebanyak 6 acara seterusnya dinobatkan sebagai johan keseluruhan MIISMAM dan Wilayah Persekutuan memperolehi naib johan keseluruhan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 17 Oktober 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search