Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Kota Bharu : Yayasan Islam Kelantan melalui kumpulan KIK I-YIK telah menyertai pertandingan KIK Horizon Baharu Perkhidmatan Awam peringkat negeri Kelantan tahun 2019 yang di adakan pada 26 Ogos 2019 sehingga 27 Ogos 2019 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.

Pertandingan KIK Horizon Baharu Perkhidmatan Awam ini di anjurkan oleh Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan di sertai oleh pasukan-pasukan dari Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri dan Pejabat SUK sendiri.

Kumpulan KIK I-YIK diketuai oleh Encik Mohd Fauzan bin Jamian dan dibantu oleh 6 anggota kumpulan yang terdiri daripada Encik Lokman Rohaki bin Muhamad, Encik Md Firdaus Hakim bin Mohd A’seri, Encik Abdullah bin Shaari, Encik Muhammad Kamil bin Ahmad, Puan Zailawani binti Mohamad dan Puan Norma binti Zulkifli.

Kumpulan KIK I-YIK telah membentangkan projek Sistem Pengurusan Fail (SPF-YIK) berteraskan bidang penambahbaikan perkhidmatan dan kategori penambahbaikan. SPF-YIK ini dibangunkan secara dalaman oleh Unit Teknologi Maklumat Yayasan Islam Kelantan dengan menggunakan perisian laravel versi terkini yang seiringan dengan teknologi ‘framework’ pada masa kini. Sistem ini juga menunjukkan satu usaha berterusan Yayasan Islam Kelantan untuk bersaing dalam dunia digital moden.

Keputusan pertandingan ini akan diumumkan pada 30 Oktober 2019 dalam Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam peringkat negeri Kelantan (AISAK) tahun 2019 bertempat juga di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 November 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search