Kota Bharu : Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini disambut meriah oleh semua warga kerja Yayasan Islam Kelantan pada 28 November 2019. Majlis ini telah berlangsung di Bilik Seminar Yayasan Islam Kelantan. Majlis ini telah dihiasi dengan cemerah Maulidur Rasul oleh Haji Sukeri bin Hussin, Penolong Pengarah (Sumber manusia) Yayasan Islam Kelantan.
Majlis diserikan lagi dengan bacaan selawat beramai-ramai ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W) oleh semua hadirin. Majlis berakhir dengan solat zohor berjemaah dan makan tengah hari.
Turut hadir bersama YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan dan timbalan-timbalan pengarah Yayasan Islam Kelantan.