Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Setiu : Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan kerjasama pihak pengurusan Universiti Kolej Bestari telah mengadakan lawatan ilmiah ke universiti berkenaan pada 5 Februari 2020 sebagai salah satu usahasama untuk pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan melanjutkan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi.

Rombongan lawatan ini diketuai oleh YBrs Timbalan Pengarah (Sekolah) Yayasan Islam Kelantan, Ustaz Che Kamaruddin Kamel bin Che Muhammad, YBrs Pengerusi Persidangan Pengetua Yayasan Islam Kelantan, Ustaz Mansor bin Daud dan YBrs Pengerusi Majlis Pengetua, juga disertai oleh semua pengetua sekolah menengah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

Ketibaan rombongan dari Yayasan Islam Kelantan telah disambut oleh YBbhg Prof. Dato’ Dr. Hj Tengku Mahmud bin Mansor sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti Kolej Bestari.  Peserta lawatan telah dibawa menziarahi ke kawasan-kawasan utama kampus yang meliputi bidang-bidang pengajian yang ditawarkan oleh pihak universiti.

Dalam ucaptama yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Hj Tengku Mahmud bin Mansor mengalu-alukan kedatangan rombongan lawatan ilmiah ini dan mengharapkan agar satu jalinan kerjasama pendidikan dapat dijalinkan antara pihak YIK dan pihak universiti. Dengan kerjasama ini, sekurang-kurangnya dapat membantu pada pelajar Yayasan Islam Kelantan untuk membuat pilihan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di universiti ini.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 09 Mac 2020.
© Yayasan Islam Kelantan 2020

Search