Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+
STAM 2019

NILAM PURI : Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 untuk keseluruhan sekolah-sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan telah diumumkan oleh YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan.

Seramai 5292 pelajar daripada Yayasan Islam Kelantan telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2019. Jumlah calon ini adalah bertambah sebanyak 375 calon berbanding tahun 2018 seramai 4917 calon.

Calon yang berjaya memperolehi 9A hingga 12A berjumlah 113 orang pelajar. Daripada jumlah tersebut, seramai 26 pelajar telah memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran.

Daripada jumlah calon SPM 2019, seramai 5022 calon atau 94.90% layak mendapat sijil (lulus minima mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah) menunjukkan peningkatan sebanyak 0.35% berbanding tahun 2018 iaitu sebanyak 4649 calon atau 94.55%.

Jumlah calon yang menerima Pernyataan Keputusan  ialah seramai 237 calon meningkat berbanding tahun 2018 seramai 229 calon. Manakala jumlah calon yang gagal semua mata pelajaran pula ialah seramai 33 calon berbanding 39 calon tahun 2018.

Berdasarkan analisis yang dijalankan, 22 buah sekolah telah mencatat keputusan kelulusan 100%.

Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), berikut adalah 3 buah sekolah teratas seperti berikut;

  1. MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT memperolehi (GPS : 2.21)
  2. MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN memperolehi (GPS :3.00)     
  3. MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH memperolehi (GPS : 3.18)

Berikut merupakan senarai pelajar yang berjaya memperolehi A salam semua mata pelajaran yang diduduki;

  1. Nik Muhamad Aiman Bin Abdullah (Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat)
  2. Fateh Naim Bin Kamaruzaman (Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat)
  3. Muhammad Haziq Naufal Bin Azam (Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat)
  4. Muhammad Naufal Wafi Bin Mohd Sabri (Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat)
  5. Nur Hanun Binti Ismail (Maahad Muhammadi Perempuan)
  6. Tengku Nur Ain Sofea Binti Tengku Shahrizanny (Maahad Muhammadi Perempuan)
  7. Nik Mawaddah Binti Nik Abd Rahman Zaki (Maahad Muhammadi Perempuan)
  8. Nur Arifah Zahidah Binti Baharudin (Maahad Muhammadi Perempuan)
  9. Nur Aini Binti Azlan (Maahad Muhammadi Perempuan)
  10. Ain Mawaddah Binti Muhammad Hana Fizi (Maahad Muhammadi Perempuan)
  11. Nur Athirah Qistina Binti Nasir (Maahad Muhammadi Perempuan)
  12. Aqilah Binti Nasir (Maahad Muhammadi Perempuan)
  13. Najwa Nabilah Binti Mohd Rizuhan (Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah)
  14. Iman Nasuha Binti Ahmad Nasir (Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah)
  15. Ahmad Nazmi Bin Mazlan (Maahad Muhammadi Lelaki)
  16. Muhammad Iqbal Bin Mohd Rosli (Maahad Muhammadi Lelaki)
  17. Muhammad Haikal Bin Mohd Rofi (Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman)
  18. Muhammad Amru Bin Abd Haris (Maahad Muhammadi Pasir Mas)
  19. Farah Husna Binti Hanafi (Maahad Muhammadi Pasir Mas)
  20. Ahmad Faris Fahmi Bin Zainuddin (Maahad Rahmaniah Kuala Krai)
  21. Wan Nur Athirah Bin Nassir (Maahad Rahmaniah Kuala Krai)
  22. Hilmi Bin Zulkafli (Maahad Rahmaniah Kuala Krai)
  23. Imtiyaz Sofea Binti Ahmad Baihaki (Maahad Taqaddum Maarif)
  24. Wan Muhammad Afiq Aizat Bin Wan Azhar (SMU (A) Tarbiah Islamiah Lepah)
  25. Haris Bin Rushdan (SMU (A) Darul Anwar Pulau Melaka)
  26. Nur Ain Izzani Binti Nasrol (SMU (A) Al-Ittihadiah Tanjung Pagar)

Melalui keputusan yang diumumkan ini, semua yang terlibat sama ada para guru, ibu bapa dan pelajar diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan pada masa- masa akan datang.

YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan mewakili pihak Yayasan Islam Kelantan mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar cemerlang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung atas pencapaian ini.

Ucapan setinggi- tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas usaha yang berterusan membangun dan memajukan sistem pendidikan di negeri ini.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 09 Mac 2020.
© Yayasan Islam Kelantan 2020

Search