Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Nilam Puri : Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan dengan diiringi Pengarah Yayasan Islam Kelantan,   YM Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus telah mengadakan tinjauan hari pertama persekolahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Maahad Muhammadi Perempuan.

Dalam kesempatan berkenaan, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan dan YM Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus juga turut menyampaikan nasihat kepada para pelajar di Maahad Muhammadi Perempuan tentang SOP yang perlu dipatuhi dan langkah-langkah persediaan Yayasan Islam Kelantan dalam memastikan tiada penularan pandemik COVID-19 di sekolah-sekolah.

Rombongan disambut Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan, YBrs Ustaz Mansor bin Daud dan hadir sama  Timbalan Pengarah Kenaziran Yayasan Islam Kelantan, YBrs Ustaz Zakaria bin Mohamed.

Pada masa yang sama, Yayasan Islam Kelantan turut  menggerakkan pasukan pemantau yang terdiri daripada pegawai-pegawai pejabat Yayasan Islam Kelantan ke sekolah-sekolah yang terlibat memulakan hari pertama persekolahan dalam memastikan pematuhan terhadap peraturan-peraturan berkaitan PKPP dilaksanakan sepenuhnya. Ini bertujuan untuk dalam mengelak penularan pandemik COVID-19 di sekolah-sekolah dan memastikan tahap kesiapsiagaan keselamatan para pelajar dan guru berada di tahap tertinggi.

YB Ustaz Azhar bin Salleh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri Kelantan turut mengadakan lawatan memantau keadaan persekolahan dalam tempoh PKPP di tiga buah sekolah iaitu Maahad Tahfiz Al-Qur'an Wal Qiraat Pulai Chondong, Maahad Syamsul Maarif Lelaki Labok dan Maahad Syamsul Maarif Perempuan Pulai Chondong.

Garis panduan SOP yang disediakan oleh Yayasan Islam Kelantan yang selaras dengan dari SOP Kementerian Pendidikan telah diedarkan ke sekolah sejak 2 minggu sebelum persekolahan untuk melicinkan langkah-langkah persiapan di sekolah-sekolah yang terlibat.

Sesi persekolahan bagi  pelajar Yayasan Islam Kelantan yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) ialah pada 24 Jun 2020, Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) ialah pada 25 Jun 2020, murid Tadika Tengku Anis pada 1 Julai 2020 manakala bagi pelajar Sijil Menengah Ugama (SMU) ialah pada 5 Julai 2020.

 

Gambar-gambar pemantauan boleh lihat di sini.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 11 Julai 2020.
© Yayasan Islam Kelantan 2020

Search