Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Selamat bersara buat Tuan Haji Zakaria bin Mohamed Timbalan Pengarah Kenaziran Yayasan Islam Kelantan.

Yayasan Islam Kelantan mengucapkan selamat bersara kepada Timbalan Pengarah Kenaziran,  Tuan Haji Zakaria b. Mohamed yang bersara wajib  mulai 1 Julai 2020.

Beliau memulakan karier dalam dunia pendidikan bermula  sebagai Guru Penolong (Bahasa Arab)di Maahad Muhammadi Pasir Pekan pada tahun 1988. Pada tahun 1994 beliau telah diberi kepercayaan mengetuai Unit Kurikulum Arab/Ugama  sebagai Penolong Pengarah. Seterusnya  pada tahun 1999, beliau dilantik sebgai Penolong Pengarah Penilaian dan Peperiksaan sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan pada tahun 2004 dan Timbalan Pengarah (Akademik).

Pada tahun 2009, beliau kembali menerajui pentadbiran dan pengurusan sekolah tahfiz apabila dilantik sebagai Pengetua di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong.

Selepas daripada itu beliau diberi kepercayaan sebagai pengetua  memimpin sekolah agama terulung di Kelantan iaitu Maahad Muhamamdi Lelaki pada tahun 2014.

Kemudian melakar sejarah pengetua pertama sekolah agama berpengantar dwi bahasa Inggeris dan Arab pada tahun 2016 di Maahad Sains Tok Guru.

Beliau kembali menabur jasa semula ke Pejabat Yayasan Islam Kelantan pada tahun 2019 sebagai Timbalan Pengarah Kenaziran dan berkhidmat sehingga bersara pada 1 Julai 2020.

Semoga segala jasa dan khidmat yang dicurahkan beliau diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

Selamat bersara!

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 04 Ogos 2020.
© Yayasan Islam Kelantan 2020

Search