Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+
Penyerahan tugas pengarah yik

KOTA BHARU : Satu majlis ringkas penyerahan tugas Pengarah Yayasan Islam Kelantan telah diadakan di antara YM Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus kepada Pengarah Yayasan Islam Kelantan yang baru dilantik iaitu YM Engku Rajhan bin Engku Ismail di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dengan disaksikan oleh YB Dato’ Kaya Setia Haji Nazran bin Muhammad, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

YM Engku Rajhan bin Engku Ismail akan memulakan tugas sebagai Pengarah Yayasan Islam Kelantan bermula pada 16 Ogos 2020 menggantikan tempat YM Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus yang akan berkhidmat sebagai Ketua Jajahan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai juga pada tarikh yang sama.

Yayasan Islam Kelantan merakamkan ucapan selamat bertugas kepada YM Engku Rajhan bin Engku Ismail dan mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada YM Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus atas khidmat sepanjang mengemudi Yayasan Islam Kelantan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 22 September 2020.
© Yayasan Islam Kelantan 2020

Search