Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+
STESEN MINYAK BHP YIK BANDAR BARU TUNJUNG SEDIA MEMENUHI KEPERLUAN ANDA KOTA BHARU

KOTA BHARU : Yayasan Islam Kelantan secara rasminya membuka sebuah stesen minyak dengan kerjasama BHPetrol YIK di bandar Baru Tunjung Lebuhraya Tunjung-Pasir Mas Kota Bharu.
Majlis perasmian telah diadakan pada 6 September 2020 oleh YB Dato’ Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Pembukaan stesen minyak ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam melebarkan usaha untuk menambah sumber hasil baru bagi menampung perbelanjaan YIK yang makin meningkat.

Berucap dalam perasmian berkenaan, YB Dato’ Timbalan Menteri Besar menyatakan hasrat agar pihak Yayasan Islam Kelantan dapat meneruskan jalinan hubungan ekonomi yang strategik bersama pihak BHPetrol Malaysia serta mengambil langkah-langkah seterusnya kearah mengenalpasti lokasi yang bersesuaian untuk pembukaan cawangan-cawangan BHPetrol YIK di daerah-daerah yang lain pada masa akan datang.

Dalam majlis yang sama, pihak Yayasan Islam Kelantan menerima mock cek daripada DPG Readymix iaitu syarikat pertama yang mendaftar akaun syarikat dengan BHPetrol YIK.

Selain itu, BHpetrol turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar asnaf di bawah Yayasan Islam Kelantan yang disempurnakan Puan Nik Amlizan Mohamed, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli B Dato’ Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi Negeri Kelantan, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Dato' Shahidani bin Abdul Aziz @ Juned, YBhg. Lt. Jen.(B) Datuk Hj. Khairuddin Bin Mat Yusof, Pengerusi Boustead Petroleum Marketing Sdn.Bhd, dif-dif kehormat, Timbalan-timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah, Pengetua-pengetua sekolah YIK serta pegawai dan kakitangan YIK dan BHPetrol.
Yayasan Islam Kelantan mengharapkan agar usaha murni ini mendapat kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat mempelbagaikan sumber yang ada demi kemajuan pendidikan Islam di Negeri Kelantan.

Stesen BHP ini diusahakan oleh Akademi YIK Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Yayasan Islam Kelantan (YIK). Yayasan Islam Kelantan merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam usaha melestarikan pendidikan Islam dan juga bahasa Arab di negeri Kelantan.

BHPetrol YIK Bandar Baru Tunjung merupakan rangkaian stesen minyak BHPetrol yang ke enam belas (ke-16) di negeri Kelantan. Kedudukannya yang strategik dan luas memudahkan pengguna untuk singgah mengisi minyak, berbelanja di kedai serbaneka BHPetromart atau untuk bersolat yang dibuka sehingga jam 11.00 malam. Pelanggan juga dapat membuat pembelian tambah nilai Touch N Go, kemudahan pembayaran bil melalui sistem e-Pay selain mengisi minyak Infiniti petrol, biodiesel dan juga Euro5 diesel. Terkini, terdapat 400 buah stesen minyak BHPetrol beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebagai sebuah syarikat tempatan Malaysia (GLIC) yang bernaung dibawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holding Berhad, BHPetrol kini terus aktif untuk mengukuh dan memperkembangkan rangkaiannya di seluruh Malaysia.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 22 September 2020.
© Yayasan Islam Kelantan 2020

Search