Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+
YIK TERIMA SIJIL PENGHARGAAN PENGLIBATAN SEBAGAI MERCHANT KEPADA KELANTANPAY

Aplikasi digital Kelantan Pay yang berfungsi sebagai satu sistem pembayaran bersepadu secara atas talian untuk Kerajaan Negeri Kelantan telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Dato' Mohd Amar bin Abdullah, Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan di dalam satu majlis pelancaran pada 15 September 2020 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim Kota Bharu Kelantan.

Yayasan Islam Kelantan dan sebanyak 11 buah sekolah-sekolah Maahad Kawalan YIK telah menerima sijil penghargaan tanda penglibatan agensi sebagai Merchant kepada Kelantan Pay.Timbalan Pengarah (Pengurusan) YIK, En. Muhamad Rasani Bin Ramli mewakili YM Pengarah menerima sijil yang disampaikan oleh Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Kelantan Pay berjaya menarik 32 rakan kongsi yang terdiri daripada agensi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi swasta dan institusi pendidikan. Turut sama menerima sijil penghargaan, sekolah-sekolah Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan iaitu Maahad Sains Tok Guru, Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan, Kolej Tahfiz Sains Kok Lanas, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi dan Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kerjasama itu dijangka terus meningkat bagi merancakkan lagi ekonomi Kelantan selaras dengan perkembangan Revolusi Industri (IR4.0). Ujarnya, aplikasi ini adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha mempersiapkan Kelantan ke arah transformasi digital dalam perkhidmatan kerajaan dan juga merupakan salah satu usaha bagi memperkasakan Kelantan terhadap transformasi digital yang kini semakin berkembang seluruh dunia. Langkah itu juga selari dengan situasi semasa yang menyaksikan peningkatan kebergantungan terhadap teknologi digital di seluruh negara susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan

Turut hadir Timbalan Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat, Ustaz Azhar Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Ab Aziz Yunus.
Aplikasi Kelantan Pay dibangunkan oleh Kelantan ICT Gateway (KIGSB) syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) ini dijangka mampu menggalakkan aktiviti ekonomi negeri melalui transaksi bayaran tanpa tunai yang disediakan.

Aplikasi ini boleh dimuat turun daripada Play Store untuk pengguna android serta App Store bagi pengguna IOS. Para pengguna boleh membuat pembayaran dalam talian menggunakan kaedah Financial Process Exchange(FPX), kad kredit, kad debit dan e-dompet yang lebih mudah dan cepat di mana-mana sahaja.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kelantanpay

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 11 Oktober 2020.
© Yayasan Islam Kelantan 2020

Search