KOTA BHARU : Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 2 Oktober 2020 bertempat di Royal Guest House sempena pertukaran Timbalan Pengarah Pengurusan Yayasan Islam Kelantan Encik Muhamad Rasani Bin Ramli yang bertukar ke Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebagai Setiausaha MAIK.
YM Pengarah Engku Rajhan Engku Ismail merakamkan ucapan terima kasih diatas jasa yang telah dilakukan oleh Encik Muhamad Rasani sepanjang berada di Pejabat Yayasan Islam Kelantan. YM Pengarah turut meraikan kedatangan Timbalan Pengarah Pengurusan yang baru, Tn Hj Shamsul Abu Bakar yang sebelum ini merupakan Setiausaha Sulit Kanan di Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Majlis perpisahan ini turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan pengarah, Penolong-penolong Pengarah dan pegawai-pegawai di Bahagian Pengurusan Yayasan Islam Kelantan.