Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Engku Rajhan bin Engku Ismail mengadakan lawatan ke Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah pada 11 Oktober 2020 untuk melihat perkembangan sekolah berkenaan dengan lebih dekat. Beliau yang tiba jam 8.45 pagi itu disambut oleh pengetua maahad, Ustazah Hajah Ruznida binti Ab Rahman, barisan pentadbiran sekolah dan guru-guru. Lawatan ini juga turut disertai oleh rombongan ahli mesyuarat Pengurusan Yayasan Islam Kelantan yang terdiri daripada Timbalan-timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Sumber Manusia, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Akauntan, Pegawai Teknologi Maklumat dan Pegawai Pembangunan.
 
Dalam lawatan tersebut YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan sempat melihat sesi pembelajaran kelas jahitan dan masakan dan meninjau kawasan persekitaran sekolah dan keadaan bangunan sekolah.
 
Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat(Perempuan) menawarkan pengajian berasaskan Kurikulum Kebangsaan dan
Kurikulum Azhari (Maahad Bu'uth Azhar) beserta hafazan 30 juz. Selain itu, sekolah ini juga menawarkan elemen kemahiran jahitan dan kulinari. Berasrama penuh bertapak di Beta Hulu, Ketereh Kota Bharu.
 
Permohonan ke Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah sudah dibuka. Pada tahun ini, iaitu tahun dimana COVID-10 melanda dan peperiksan UPSR ditiadakan, pemohon hendaklah 4A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Agama dan Fardu Ain (UPKK) atau minima 4A dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA/UPSRA) atau minima 4A dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi Sekolah Yayasan Islam Kelantan (PAT YIK).
 
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di https://yik.edu.my/aplikasi/yik/maahad-kawalan
 

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 17 November 2020.
© Yayasan Islam Kelantan 2020

Search