Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+
anugerah kecemerlangan pelajar 2019

 Nilam Puri : Pengarah Yayasan Islam Kelantan, YM Engku Rajhan bin Engku Ismail telah mengadakan tinjauan hari pertama persekolahan sesi 2021 pada 20 Januari di Maahad Muhammadi Tumpat.

Dalam kesempatan berkenaan, YM Engku Rajhan bin Engku Ismail juga turut menyampaikan amanat kepada pentadbir di Maahad berkenaan berhubung pematuhan SOP dan langkah-langkah Yayasan Islam Kelantan yang telah diambil bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di kalangan warga sekolah.

YM Pengarah yang diiringi Penolong Pengarah Sumber Manusia, En. Jazlan Omar telah disambut oleh YB Hj Mohd Adanan Bin Hassan (ADUN Kelaboran) merangkap YDP PIBG Maahad Muhammadi Tumpat (MMT) dan Pengetua MMT, Ustaz Aubaidillah b. Yusof.

Dalam perkembangan yang sama, Yayasan Islam Kelantan turut menggerakkan pasukan pemantau yang terdiri daripada pegawai-pegawai pejabat Yayasan Islam Kelantan ke semua sekolah yang mempunyai tingkatan empat ke atas untuk Pemantauan Hari Pertama Persekolahan.

Usaha ini adalah untuk dalam mempastikan pematuhan terhadap garis panduan dan prosedur keselamatan menanggani pandemik Covid 19 ini dilaksanakan selain dari memastikan tahap kesiapsiagaan pihak sekolah dan pelajar berada di tahap tertinggi.

Terdahulu, Pihak Yayasan Islam Kelantan telah mengedarkan Garis panduan SOP selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia ke sekolah sebagai panduan dan langkah-langkah perlu diambil sewaktu kecemasan.
Sesi persekolahan tahun 2021 ini, yang bermula 20 Januari terlebih dahulu ditumpukan kepada pelajar yang menduduki Sijil Menengah Ugama (SMU), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 01 Mac 2021.
© Yayasan Islam Kelantan 2021

Search