msen
A- A A+

Berita

Kota Bharu : Khamis, 4 Januari 2018 telah berlangsung Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Ugama(SMU), Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran(SMTQ) dan
Sijil Tinggi Ugama Pondok(STUP) bagi tahun 2017 di Dewan Yayasan Islam Kelantan.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus. Dalam ucapan beliau, Yang Mulia menekankan agar mudir dan guru-guru melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik agar prestasi kecemerlangan pelajar sentiasa dapat ditingkatkan. 

Seterusnya, Pengumuman peperiksaan telah dilaksanakan oleh Dato' Muhamad Awang, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan. Dalam pengumuman tersebut telah dinyatakan terdapat banyak peningkatan dalam ketiga-tiga peperiksaan tersebut pada tahun 2017. Selain itu, 27 buah sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam kelantan telah mencapai 100% peratus kelulusan.

Majlis berakhir dengan penyampaian anugerah kepada pelajar terbaik peperiksaan-peperiksaan Yayasan Islam Kelantan dan sesi bergambar.

Turut hadir bersama, timbalan-timbalan pengarah Yayasan Islam Kelantan, mudir-mudir serta ibubapa pelajar-pelajar.

Analisa peperiksaan SMU, SMTQ, dan STUP boleh dirujuk melalui (Pautan Ini).

 

Kota Bharu : Mahaad Tahfiz al-Quran Darul Saadah Lilbanat(Perempuan) telah dirasmi pembukaannya pada hari ini di Beta Hulu, ketereh oleh Yayasan Islam Kelantan yang mana merupakan maahad yang pertama yang dikhususkan kepada pelajar untuk mempelajari matapelajaran kemahiran oleh Yayasan Islam Kelantan. Perasmian pembukaan sekolah tahfiz dimulakan dengan solat hajat secara berjemaah yang diimamkan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan.

Setelah selesai solat hajat, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan memantau keadaan sekeliling maahad berkenaan yang diiringi oleh YB Pengerusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Dato' Dr Mohamed Fadzli b Dato' Hj.Hassan, YB Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi Timbalan Yang Dipertuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Penasihat Undang-Undang Negeri kelantan YB Dato' Hj Shahidani bin Abd Aziz@Juned, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato' Hj Mohamad Shukri bin Mohamad serta YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan dan Timbalan-timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan dan mudir maahad berkenaan.

 

Kota Bharu : YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hari ini meraikan pelajar dari negara Kyrgyzstan dalam satu Majlis Khas Graduasi Khas yang diadakan di Pejabat Menteri Besar Kelantan. Majlis pada 17 disember 2017 ini adalah penghargaan khas kepada Abdullah bin Abdyshukur Ismailov, pelajar lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, beliau berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran pada 27 April 2017 setelah empat tahun menuntut di Maahad berkenaan.

Bapa pelajar , Dr Abdyshukur Ismailov yang juga merupakan seorang profesor pengajian Islam di salah satu universiti dalam negara tersebut menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan di atas kejayaan anaknya menjadi seorang alhafiz.

Turut hadir di Pejabat Menteri Besar Kelantan, YB Pengerusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato' Dr Mohamed Fadzli b Dato' Hj.Hassan, Adun Melor YB Dr Md. Yusnan b Yusof dan YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus, timbalan-timbalan pengarah,pegawai-pegawai Yayasan Islam Kelantan serta ahli keluarga pelajar berkenaan.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan (AADK), Puan Rahayu bt Ahmad telah mengadakan kunjung hormat kepada YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan pada 30 November 2017.

Lawatan ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara jabatan serta dapat bertukar pandangan terutama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk menangani penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah agama serta membincangkan program pencegahan di kalangan Sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.

Hadir sama, En Khairul Azmi Bin Ahmad, Penolong Pengarah Rawatan Perubatan dan Pemulihan, En Aman B Mustapha, PenolongPengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan, Pn Adzmiral Bt Nawi, Penolong Pengarah Pencegahan serta Timbalan-Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan. 

Kota Bharu : Seramai 200 orang pelajar Yayasan Islam Kelantan turut serta dalam aktiviti gotong-royong membersihkan bandar Kota Bharu melalui program "Come Clean For Kelantan". Pelajar dari Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Pengajian Islam, Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong dan Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman mengambil bahagian membersihkan kawasan sekitar bandar Kota Bharu dengan seliaan agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Majlis yang bermula jam 9.00 pagi disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Kelantan di Dataran MPKB. Dalam majlis yang Duli Yang Maha Mulia memperkenan mengurniakan tong kitar semula dan benih pokok kepada agensi kerajaan dan wakil-wakil taman perumahan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 17 Januari 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search