Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

KOTA BHARU : Satu kejohanan badminton telah diadakan pada 12 Rabiulawal 1440H bersamaan 20 November 2018. Kejohanan tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Islam Kelantan bertempat di Kota Bharu Badminton Centre, Kota Bharu bermula 8.00 pagi berakhir 6.00 petang.

YM Pengarah di dalam ucapan perasmiannya merakamkan ucapan terima kasih kepada para perserta yang kelihatan hadir di awal pagi dan bersemangat. YM Pengarah juga turut menyatakan tujuan kejohanan ini iaitu selain pertandingan merebut kejuaraan ia juga adalah salah satu usaha untuk mengeratkan ukhwah dan tali persaudaraan sesama warga Yayasan Islam Kelantan samada di peringkat pejabat mahupun sekolah-sekolah dibawah Yayasan Islam Kelantan.

Pertandingan badminton ini berlangsung dengan sangat sengit yang mana sebanyak 9 pasukan dari semua zon menghantar 12 orang pemain untuk 1 pasukan. Anggaran seramai hampir 115 orang pemain berhimpun di Dewan Badminton untuk bersaing secara sihat. Manakala Yayasan Islam Kelantan turut menghantar 2 pasukan iaitu YIK (A) dan YIK (B).

Keputusan pertandingan memihak kepada Pasukan YIK (A) dengan dinobatkan selaku juara bertahan, manakala Zon 6 (Machang) meraih naib johan. Tempat Ke 3 bersama diraih Pasukan Zon 1&2 (Kota Bharu) dan Zon 4 (Pasir Mas).

Majlis berakhir pada pukul 6.00 petang sejurus selepas YM Pengarah menyampaikan piala dan hadiah kepada para pemenang dan sesi bergambar.

Kota Bharu – Selasa 16 Oktober 2018,  Yayasan Islam Kelantan (YIK) sedang mengambil langkah ke hadapan dengan melebarkan usaha untuk menambah sumber pendapatan baru bagi menampung perbelanjaan YIK yang makin meningkat.

Dalam perkembangan terbaru, Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan lesen menjelajah dan mencarigali emas di Kuala Stong Kuala Krai pada 16 Oktober 2018. Permohonan lesen ini merupakan salah satu projek usahasama Akademi Yayasan Islam Kelantan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dari Selangor yang bermula pada tahun 2017.

Sebelum ini, satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara kedua pihak pada 15 Oktober 2017. Memorandum persefahaman (MOU) ini ialah usahasama eksplorasi jelajah dan cari gali emas dalam insentif menambah pendapatan jabatan melalui sumber baru ini. MOU ini telah ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Datuk Dr Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan yang juga selaku Pengerusi Akademi YIK Sdn Bhd dan YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan Hj Tengku Ab Rahman b. Tuan Yunus manakala bagi pihak Kumpulan Semesta Sdn Bhd pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Rahman bin Ishak dan Ketua Pegawai Kewangan, Mohamed Fariz bin Ghazali.

Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat mempelbagaikan sumber pendapatan dengan memaksimakan usaha-usaha pelaburan termasuk eksplorasi mineral baru ini dan pengusahaan tanaman kelapa sawit serta lain-lain.

Pasir Pekan : Rabu 26 September 2018, Bengkel Kemahiran Bahasa Arab untuk pelajar tingkatan Dua dikendalikan oleh unit Pusat Bahasa Arab, Yayasan Islam Kelantan.
Perasmian Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Penolong Pengarah (Pusat Bahasa Arab) Ustaz Ahmad Norisham Abdul Halim. 
Bengkel tingkatan Dua semalam mendapat sambutan hangat dengan 95% komen positif daripada para pelajar.

Khamis 27 September 2018 : Bengkel Kemahiran Bahasa Arab diteruskan lagi hari ini bagi pelajar tingkatan Satu Maahad Muhammadi Pasir Pekan

malaysia 2018 mid-day

Kota Bharu : Majlis Sambutan Hari Malaysia 2018 Peringkat Negeri Kelantan disambut di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 16 September 2018 dengan begitu meriah. Kontinjen Yayasan Islam Kelantan  turut sama dalam pembarisan dengan penuh segak bersama 69 kontinjen jabatan kerajaan yang lain.

Sambutan itu dirasmikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Seri kaya Perkasa Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Fiessal, dan turut dihadiri Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Muhammad Huzaimi Sabri serta Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Majlis ini turut dipersembahkan dengan acara pertunjukan pacaragam tambur dan diceriakan lagi dengan persembahan dikir barat bahasa Arab oleh Kumpulan Soutul Balad Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu, Tumpat.

Majlis berakhir dengan bacaan doa dan perarakan keluar serta tabik hormat kepada ketua jabatan masing-masing oleh 69 kontinjen jabatan kerajaan.

Previous Next

merdeka 2018 mid

Pasir Mas : Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Kelantan disambut meriah di Mini Stadium Pasir Mas, pada 31 Ogos 2018. Kontinjen Yayasan Islam Kelantan turut mengambil bahagian dalam pembarisan bersama 69 kontinjen jabatan kerajaan yang lain.

Sambutan itu dirasmikan YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Dato Haji Ahmad bin Yaakob dan turut dihadiri oleh Yb Dato' Haji Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Persembahan seni Tempur Tanpa Senjata (TSS) oleh ATM dari 8 Briged dan paluan Cina gendangan 24 Musim menceriakan lagi suasana perkarangan Mini Stadium Pasir Mas pada pagi tersebut .

Majlis berakhir dengan bacaan doa dan perarakan keluar oleh 69 kontinjen jabatan kerajaan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 November 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search